Wednesday, 21 June 2017

Kisah dicelah-celah masyarakat

Pak Anjang kerja nya hari-hari memotong getah.

Kebetulan hari ini hujan, separuh jalan ke kebun getah, Pak Anjang terus patah balik meuju ke rumah beliau.

Setibanya di rumah, isteri Pak Anjang bertanya, "Kenapa abang balik awal hari ini?".
Pak Anjang menjawab, "Saya ikut jalanraya tadi, tiba kat selekoh tu saya nampak papantanda "DILARANG MEMOTONG", saya pun patah lah balik ke rumah".............



ahlifikirnegara: Sekian. KBAT.🤓🤓🤓✍

Kisah seorang yang BARAN



2008/06/2010

 


 

Assalamualaikum wm wbt,

Saya betul betul tak fahamlah apa yang dah berlaku ni.
Sudah lah yuran dah lambat bayar.
Dapat cheque pulak single GBP 15,000.
Semua orang pengalaman kerja sudah lebih dari 5 tahun,
kalau buat kerja macam ni, mana ilmu nak bertambah.

Cuba terangkan pada saya.
Invoices keluar dua nombor bersiri untuk Cik Z dan En M.
Payment Instruction pula satu nombor (single cheque) diterima.
Takkan saya nak koyak dua cheque tu.


Saya betul betul tak faham.
Accountant, senior officers dan even professor involve dalam
perkara perkara bodoh macam ni.
Saya nak tumpukan pada pelajaran tapi anda semua dok sibuk
minta kami di sini selesaikan masalah anda semua.


Saya betul betul nak tanya KORANG ni betul betul serius nak
hantar staf belajar atau dok trial and error skill masing masing.
Akauntan sila datang ke Finance Office sini selesaikan dengan
Finance Officer.


Wasalam
M Minhat
----------------------End of Letter------------------------


ahlifikirnegara: Kisah ini semasa saya di Coventry 2002/2003 sambung
pengajian Master.
Saya memang BARAN kalau sesiapa buat kerja "TAIK"
lepas tu bagi orang lain"CUCI".

Monday, 12 June 2017

Jadilah sebutir beras


Seorang lelaki diminta mengecat sebuah perahu, Ia pun mengecat perahu tersebut.

Saat mengecat, ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu, dan menampalnya diam diam.


Perahu Bocor (Sekadar Hiasan)


Begitu selesai mengecat, ia terima upahnya dan pergi.

Tak lama berselang, pemilik perahu menemui lagi pemuda tersebut dan memberinya cek yang nilainya sungguh fantastis bombastic.


Si tukang cat terkejut dan berkata,

"Anda sudah membayar upah saya, Tuan".

"Tapi ini bukan upah untuk mengecat. Ini karena anda sudah menambal satu lubang dilambung perahuku".


"Ah, Itu kan cuma hal kecil.

Anda tidak perlu memberi saya wang sebanyak ini untuk pekerjaan sekecil itu".

"Mungkin anda tidak mengerti. Saat saya minta anda mengecat perahu itu, saya lupa memberi tahu tentang lubang tersebut. Ketika cat perahu sudah kering, anak-anak saya langsung pergi memancing dengan menaiki perahu itu.

Mereka tidak tahu tentang lubang itu, sementara saya tidak berada di rumah saat mereka berpergian. Ketika saya pulang dan menyedari mereka telah membawa perahu itu pergi, saya jadi sangat khuatir karena saya tahu yang perahu itu bocor.

"Alangkah leganya saya ketika melihat mereka semua pulang dengan selamat" Lalu saya mendapati bahwa Anda telah menampal lambung perahu yang bocor itu.


*"Anda telah menyelamatkan  anak-anak saya"*

Yang sudah Anda lakukan bukan hal kecil, karena itu telah menyelamatkan nyawa orang lain.

Sesungguhnya wang tidak bernilai untuk membayar kebaikanmu itu.


"Teruslah menolong, meringankan beban orang lain dan perbaikilah setiap "lubang" yang anda temukan. Anda tidak akan pernah tahu bila bantuan anda bermanfaat"

Karena sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bila PERBUATAN BAIK kita berbuah, tapi PASTI AKAN BERBUAH. Apa yang ditanam, itu lah yang dipetik.

"Saat kita berusaha menciptakan hal yang bermanfaat bagi orang lain, kita tentu saja menerangi jalan kita sendiri."


ahlizikirfikirnegara: Jadilah penerang bagi orang lain.

Thursday, 1 June 2017

Menjelang Raya BONUS Tiga bulan GAJI??

Alhamdulillah keperluan asas seperti beras, daging lembu, daging kambing, daging ayam, udang, sotong, ketam & telur utk sepanjang bulan Ramadhan sampai Raya dah ada.
 
Baju Raya untuk aku, isteri dan anak2, utk emak, mak mertua dan bapak, bapak mertua juga dah ada.
 
Baju Raya untuk adik-beradik juga dah ada .....kereta baru untuk balik kampung juga dah ada.

MEMANG Legaaa............


Skrg ni cuma tinggal cari duit utk beli semua tu..
Ini yg susah.....



ahlifikirnegara: Ini yang susah nak fikir ni. Banyak kali fikir dan zikir dah ni

Bangun Sahur Sayang


Cara nak kejut isteri yang susah nak bangun sahur adalah dengan bisikan pada telinganya dengan suara paling romantik,

 "sayang..abang nak kawin sorang lagi.."

 In shaa Allah bangun..


Cara nak kejut suami pulak,

"abang tak nak kawin lagi sorang ke..?"

In shaa Allah bangun..



Cubalah..
Memang bagus cara ni 😜

ahlifkirnegara: Kalau berlaku kejadian yang tidak di ingini, pencadang tidak akan bertanggungjawab. Risiko tanggungjawab sendiri.

MELATIH DIRI JADI IKHLAS

Assalamualaikum wrt. wbrt.

 
Salam Ramadan yang penuh keberkatan ini,  dipanjatkan kesyukuran kerana masih diizin oleh Allah SWT untuk berada di bulan ini. Hari ini adalah hari keenam kita berpuasa.
 
 
Gembira rasanya dengan kehadiran Ramadan, yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam kerana mulia dan berkatnya bulan Ramadan. Kegembiraan ini  tidak dapat digambarkan dengan kata-kata yang sebenar kerana bulan ini lain benar suasananya, ibadahnya, pengurusan harian, dan paling penting banyak kelebihan di dalamnya.
 
 
Bermula dari kita bersahur sehinggalah kita berbuka puasa Rasulullah s.a.w. ada menyatakan bahawa doa mereka akan dimakbulkan.
Sebagaimana hadis :
 
ﺛَﻼَﺛَﺔٌ ﻻَ ﺗُﺮَﺩُّ ﺩَﻋْﻮَﺗُﻬُﻢُ ﺍﻹِﻣَﺎﻡُ ﺍﻟْﻌَﺎﺩِﻝُ ﻭَﺍﻟﺼَّﺎﺋِﻢُ ﺣَﺘَّﻰ ﻳُﻔْﻄِﺮَ ﻭَﺩَﻋْﻮَﺓُ ﺍﻟْﻤَﻈْﻠُﻮﻡِ ‏
“Ada tiga doa yang tidak tertolak: (1) doa pemimpin yang adil, (2) doa orang yang berpuasa sampai ia berbuka, (3) doa orang yang dizalimi.”
 
 
An-Nawawi menjelaskan,
 
ﻳﺴﺘﺤﺐّ ﻟﻠﺼﺎﺋﻢ ﺃﻥ ﻳﺪﻋﻮ ﻓﻲ ﺣَﺎﻝِ ﺻَﻮْﻣِﻪِ ﺑِﻤُﻬِﻤَّﺎﺕِ ﺍﻟْﺂﺧِﺮَﺓِ ﻭَﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻟَﻪُ ﻭَﻟِﻤَﻦْ ﻳُﺤِﺐُّ ﻭَﻟِﻠْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ
 
“Dianjurkan bagi orang yang berpuasa untuk berdoa sepanjang waktu dia berpuasa (selama ia berpuasa) dengan doa-doa yang sangat penting bagi urusan akhirat dan dunianya, bagi dirinya, bagi orang yang dicintai dan untuk kaum muslimin.”
 
 
Berpuasa juga melatih kita menjadi orang yang ikhlas iaitu berbuat amal hanya kerana Allah SWT. Ini adalah kerana mereka yang berpuasa dapat memelihara puasanya tanpa makan dan minum bukan kerana ada orang yang melihatnya tetapi merasakan bahawa Allah sedang memerhatikannya. Walaupun banyak peluang untuk makan ataupun minum di tempat yang tersorok, tetapi disebabkan Allah itu ada maka seseorang itu mampu berpuasa dengan penuh rasa ikhlas dan menunjukkan ketaaatannya kepada Allah SWT.
 
 
Setelah sebulan melatih diri menjadi orang yang ikhlas hanya kerana Allah SWT, insya Allah setelah tamat Ramadan nanti, amalan itu akan terbawa-bawa sehinggalah bertemu kembali Ramadan yang akan datang. Dengan adanya latihan sedemikian, perkara mungkar juga dapat dijauhkan.
 
 
Disebabkan itu jugalah dikatakan bulan Ramadan ini adalah bulan tarbiyyah iaitu mendidik jiwa kita untuk dekat kepada Allah SWT. Apa yang dikongsikan ini hanya salah satu daripada didikan –didikan yang boleh kita perolehi dari kelebihan Ramadan ini.
 
 
Suasana di bulan Ramadan sebenarnya lebih memudahkan kita untuk beribadah kerana suasana ibadah telah ada di mana-mana sepanjang bulan yang mulia ini. Lebih mudah lagi kerana semua ummat Islam berpuasa maka kita tidak akan rasa terasing untuk perbanyakkan ibadat solat sunat, mengaji al-Quran, bersedekah, berkata-kata perkara yang baik dan sebagainya.
 
 
Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar dipanjangkan usia dan dipermudahkan untuk kita melaksanakan ibadat puasa ini. Kita juga mesti menaruh harapan yang tinggi agar segala amalan kita ini diterima oleh Allah SWT dan mendapat pengampunan daripadaNya.
 
 
ahlifikirnegara: Semuga ada menafaatnya
 
 
Rujukan dan Sumbangan:
 
sma
Pusat Islam
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM