July 4th, 2009 by
mohamadminhat
Sejak duk surang surang ni memang liat (apa yang liat?) nak
bangun pagi?
Adakah anda tergolong dalam kumpulan homosapiens yang liat
nak bangun pagi walaupun loceng jam dah berdering separuh mati? hahaha….ini dia
produk yang anda nanti-nantikan. ..check it out.
1. Jam Gantung
Jam ni bila berbunyi ia akan naik slow2 ke atas sampai le
anda dapat tangkap ia dan hentikan bunyi jam ini. Bayangkan le kalau anda lambat bangun? Ia akan
berdering2 di siling bilik anda? Terpaksa cari tangga pulak. Baik bangun
dan matikan ia…
2. Jam Puzzle
Untuk menghentikan jam ini korang kene selesaikan jigsaw
puzzle yang diberikan. Abih, puzzle dah siap tak reti2 nak bangun?
3. Jam Cekik
Seperti namanya, korang kene cekik leher jam ni supaya dia
berenti berbunyi. Dan dia akan vibrate agar darah2 lancar ke otak korang supaya
korang leh bangun…
4. Jam Polis
Jam ni ada vibrator, kekuatan bunyi nya 95 desibel cukup le
untuk kejutkan seluruh neighbourhood dan yang best ada lampu mcm lampu kete
polis tu….pedih mata wooo…
5. Jam Pin
(Tak ada kene
mengena dengan Ayah Pin). Seperti namanya dan rupanya, korang kene cari pin
mana yang perlu ditekan untuk mematikan jeritan jam loceng ni. Dan kedudukan
pin diubah setiap hari secara automatik. Abis kalau dah bersila menekan semua
pin, takkan tak daya nak ke bilik air lagi?
6. Jam Ayam
Bertelur
Jam ni bila
berbunyi dia akan mengeluarkan telur dengan banyak. Selagi korang tak bangun,
kutip telur-telur tu, masukkan dalam bakul dan masukkan balik dalam jam..selagi
tu ia takkan berhenti berbunyi…. kelass koo!!
7. Jam GI Joe
Mesti korang
penah tgk kan kartun GI Joe. Jam ni akan menjerit macam askar bagi arahan
dengan kuat sampai le korang bangun, berkawat 10 minit dan push up 50 kali
(tang ni aku tambah aje)..
8. Jam Terbang
Ni antara jam
yang paling best. Bila ia berbunyi, ia akan terbang dan terbang sampai le korang
leh tangkap ia dan tutup alarm jam ini. Awas, pastikan korang tidur dengan
tingkap bertutup kerana kalau jam ni terbang keluar…..pandai2 lah korang kejar
sampai ke umah jiran yekk..
9. Jam Grenade
Korang tau lah
kan apa fungsi grenade. Sekali dia ‘meletup’ dia punya bunyi….confirm
lepas tu korang kene halau dari neighbourhood tu…
10. Jam Nyorok-Nyorok
Inilah jam yang paling powerful. Sekali dia berbunyi, dia
akan bergolek lah bergoleklah suka hati dia lah kemana dia nak golek dan dia
akan sembunyi. Selagi korang tak
jumpa dia, selagi tu dia takkan berenti melalak. Kalau pintu bilik terbuka dan
ini jam sudah turun tangga….kaput lah beb…..
Amacam, best tak
jam-jam ni? sapa2 nak beli bleh le order kat …kat mana exactly aku pun tak tau
sebab aku pun dapat mende2 ni dari orang…. ..selamat mengejar jam!!!!
Wooooo…..memang
power betoi lah hang punya jam..
ahlifikirnegara: dulu dulu masa sekolah kat melaka,,kawan
kawan selalu tanya,
“Jam Bapak Kau
Mati itu hari, Kau nangis tak?”
“Buat hapa haram
jadah aku nak nangis, Jam Bapak Kau mati…aku hantar kedai ajelah,..repair!”.
Lagi power Jam
tu….saya namakan dia Jam Bapak….
kalau orang luar
melaka dengar …pasti terbangun dari tidur jugak.