Wednesday, 28 September 2016

Dominasi Dunia Kehidupan - "Worldly Live Dominants"


Saya ingin menceritakan sedikit perihal dominasi dunia. Tak nak sentuh berkenaan dominasi tetapi lebih kepada dunia kerana menceritakan hal hal keduniaan agak lebih menarik berbanding mencari sedikit dominasi dari sekeliling dunia.

Kehidupan kita ini terdapat berbagai bagai sektor dan terlalu banyak untuk diperhalusi satu persatu. Saya cuma ingin bawa enam sektor dalam kehidupan serta satu sektor istimewa antara hidup sekarang dan hidup selepas kehidupan ini.

Enam sektor terbesar dalam kehidupan setiap makhluk Allah, di mana cukup lengkap enam perkara ini maka seolah olah lengkaplah kehidupan mereka di alam penuh tipu daya ini. Ianya adalah Makan, Minum, Pakaian, Pasangan Hidup, Kenderaan dan Wangi Wangian. Satu sektor istimewa tersebut akan saya ulas di hujung artikel ini nanti secara ringkas iaitu Rumah Kediaman.

Menyentuh berkenaan 'Makan', semua orang memang kena makan, suka makan dan mencari sedaya upaya sesuap rezeki untuk dimakan. Makanan juga kadang kala menjadi lambang kemegahan dan lambang kerendahan status seseorang. Jika di negara China, makanan roti menjadi lambang kerendahan status orang yang memakannya dan bagi rakyat China makanan roti adalah ranking yang terendah pada mereka. Roti bagi mereka hanya layak untuk burung sahaja. Bagi rakyat China, Mee pula adalah makanan yang paling baik dan bernilai tinggi pada sisi mereka. Cara untuk mengeluarkan produksi mee juga menjadi lambang status pada mereka. Selagi halus mee kau, lagi tinggi lah kualiti jenama mee tersebut.

Pada orang Barat pula, Roti adalah makanan yang terbaik tetapi mee pada mereka cuma layak diberi makan kepada itik sahaja. Orang barat juga agak skeptikal juga kalau mereka tanya orang Asia, "Kau tengah makan apa tuh?". Malu alah lah orang Asia tersebut untuk menjawabnya kerana dahlah makan mee maggi (makanan yang termurah, malahan baunya jugak boleh meloyakan sebahagian orang barat). Orang barat memang sedari dulu memandang rendah tentang mee.

Bayangkan pertembungan dua budaya yang dominan ini dalam satu persidangan antarabangsa. Apalah agaknya kekecohan akan berlaku. Mungkin sekarang mereka sudah moden dan mampu bertolak ansur.

Mari kita lihat pulak bagaimana Islam meletakkan makanan pada penganutnya. Tak kiralah apa bangsa sekalipun. Makanan yang terbaik yang Allah pernah turunkan untuk umat Islam adalah berada dalam madu lebah. Anda boleh semak kedudukan madu dalam hadis hadis shahih sebagai sumber maklumat. Dalam kekejian mata biasa manusia Allah letakkan kebaikan total pada madu. Mana asalnya madu itu jika tidak dari manisan yang disedut oleh lebah dan kemudian dimuntahkan dalam sarung istimewa. Bukan seekor dua punya lelehan manisan, malahan ribuan lelehan lebah.

Nak mengambil madunya pun sekian punya cerita. Ruangan ini terlalu kecil untuk saya mengulas semuanya. Analoginya dan ironinya daripada lelehan binatang sekecil lebah, Allah letakkan kebaikan ranking 'wahid' yang mana madu juga boleh digunakan untuk melawan racun dalam badan melainkan sudah ajal.

Sektor yang lain akan saya sambung kemudian nanti.




ahlifikirnegara: Jangan serik dengan kehidupan ini kerana kehidupan inilah yang menjadi 'abacus' untuk kehidupan yang sedang menunggu di hadapan.


TOA bahasa Maori, dalam bahasa Marayo (Melayu) maknanya OTAI atau PAHLAWAN atau ORANG LAMA. 'Orang Baru' jangan menyesal lah (sedih) sebab satu hari nanti akan jadi 'Orang Lama' jugak!

 

Post shout out


 

 

ahlifikirnegara: Worry and concern make things happen; unless and until you’re in a worry-and-concern state, you’re in a normal condition.

 

Truly Blog - Konsep Ilmu (Catatan Peribadi)

Dalam bahasa Melayu, ilmu bererti;
pertama: pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain, atau pengetahuan berkenaan segala sesuatu selepas manusia itu mati.

Kedua, ilmu bererti kajian berkenaan sesuatu perkara.

Dalam bahasa Inggeris, ilmu dikenali dengan istilah 'knowledge'. Walau bagaimanapun, istilah 'knowledge' tidak membawa makna yang sama dengan ilmu dalam tradisi Islam. Sebab, ilmu adalah salah satu konsep yang mendominasi Islam itu sendiri.

Istilah ilmu berasal daripada perkataan ‘ilm dalam bahasa Arab. ‘Ilm bererti lawan jahil. Oleh itu, ilmu bukan sekadar bererti pengetahuan. Sebab, jahil bukan sekadar bererti tiada pengetahuan.
 
Istilah “zaman jahiliah” atau “hukum jahiliah” boleh dirujuk dalam hal ini.

Sebagai sebuah istilah khusus dengan konsep tersendiri, ilmu mempunyai lebih 1,200 definisi. Hal ini disebabkan ilmu dan definisinya amat penting dalam akidah Islam. Tidak ada buku tentang ilmu kalam yang tidak membincangkan definisi ilmu, walaupun sedikit.

Selain itu, jumlah definisi yang banyak, juga disebabkan kesukaran mendefinisikan ilmu. Walaupun begitu, merujuk kepada sifat-sifat dan ciri-cirinya, ilmu boleh didefinisikan.

Maka, ilmu ialah ketibaan makna tentang sesuatu dalam diri. Ilmu juga didefinisikan sebagai iktikad kukuh yang tepat dengan hakikat.

Kedua-dua definisi di atas, menolak maklumat, informasi, data atau fakta sebagai ilmu. Sebab, ilmu ialah maklumat, informasi, data, fakta atau apa-apa sahaja yang benar, yang bermakna dan memberi makna, berbentuk kepercayaan dan keyakinan, secara kukuh kepada diri seseorang.
 
Oleh itu, ilmu bukanlah sesuatu yang neutral. Ia adalah sesuatu yang mempunyai nilai dan memberi nilai.

Maksudnya, tidak semua ilmu sah. Ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi timur atau barat. Maka, orang yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu, memanifestasikan nilai ilmu itu.

Berkaitan dengan hal ini juga, ilmu yang benar itu adalah suci. Sebab, ilmu yang benar itu merupakan manifestasi keesaan, keagungan dan keilahian Allah. Kesannya, ilmu tidak terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira niat dan keupayaan. Hal ini merujuk kepada hierarki ilmu.

 

                                             Bilang Giginya Ada Berapa? (Ilmu umum)

ahlifikirnegara:......bersambung by the will of Al-Mighty.......