Wednesday, 28 January 2026

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester (UTeM),

 

Function Block Exercise

Tak silap sekarang nih tengah musim exam. Final Exam kebanyakan nya.

The younger blood-son baru text minta doakan dia lulus in his exam. First time balik Malaysia dan terus masuk exam (and common in Malaysia is to rank your status of exam's result in a manner of numbering out of the population of the class). Jadi dia (my son) dapat nombor 4 dari belakang out of 44 students for his previous mid-year exam. 4 dari belakang aaa bukan dari depan. Demam terus kawan tuh @#$%^&!

For those yang kena masuk dewan peperiksaan (Exam Hall). Baca lah apa apa patut.

Kepada yang banyak free time, atau layan Facebook/Wassap memanjang. Manage your Screen-Time.

Just to kill the time or to past/pass them, sila buat soalan di bawah.

Sila baca arahan dengan baik dan jawab pada kertas yang disediakan.


Boleh buat ke tu?......


Soalan subjektif maka jawaban jugak perlu subjektif. Do NOT fill in the blank.

ahlifikirnegara: Sesiapa yang dapat jawab aku bagi Piala Mokhtar Dahari 2026.

Monday, 26 January 2026

Apa Yang DiTanam, Itulah Yang DiPetik

 


Ada sebuah kisah...raja beri setiap anak muda benih...dan bagitahu siapa yang pohonnya baik tumbuhnya akan beta kahwinkan dengan puteri beta.

Selepas beberapa purnama - Ada sorang mamat nih dalam 2,3 bulan kedian, cuma bawak benih tuh semula. Lain lain pemuda siap bawak pohon yang bermacam macam.

Yang dapat kawin dengan puteri cuma mamat minhat aja, sebab raja memang beri benih yang rosak pada setiap anak muda.

Pemuda muda lain tuh semua pembohong. Ntah benih mana dah ditukarnya.

Raja yang bijaksana nak dilaknatnya.
Anat.


Jangan kau siram kelapa condong.....buahnya jatuh ke laman orang.



ahlifikirnegara: Orang yang kuat membohong nih, memang senang nak cekop. Mamat Minhat aja yang lurus.

Wednesday, 21 January 2026

Menyayat HATI. KISAH Ayah Ditinggalkan Di Tepi Jalan

 “Ayah Itu Ditinggalkan Di Tepi Jalan. Bukan Kerana Dia Tak Bernyawa. Tapi Kerana Dia Tak Lagi Diperlukan.”

Ayah Itu Ditinggalkan Di Tepi Jalan


Malam itu sunyi di Kota Suwa Suwe Kemuning.


Lampu jalan menyala perlahan.

Angin bergerak pelan.


Di tepi jalan,

seorang lelaki tua terbaring.


Bukan kerana kemalangan.

Bukan kerana pengsan.


Tapi kerana dia sudah tak mampu berdiri.


Dia seorang bapa.

Dia pernah jadi tulang belakang keluarga.

Dia pernah jadi tempat anak-anak berlindung.


Hari ini,

dia hanya seorang warga emas yang diserang strok

dan ditinggalkan di tepi jalan.


Anggota polis yang meronda terhenti.


Mereka sangka ada kemalangan.


Bila mereka dekati,

lelaki tua itu masih bernyawa.


Matanya terbuka.

Tapi tubuhnya lemah.


Tangan menggeletar.

Suara hampir tak keluar.


Dia cuba bercakap.

Tapi lidahnya kelu.


Seolah-olah bukan tubuh saja yang lumpuh.


Hatinya juga.


Polis angkat dia perlahan-lahan.


Seorang pegawai perubatan diperiksa.


Barulah mereka tahu…


lelaki itu bukan ditinggalkan begitu saja.


Dia ditinggalkan oleh anaknya sendiri.


Anaknya beri ubat sebelum pergi.


Katanya itu ubat strok.


Tapi bila diperiksa…


itu sebenarnya ubat tidur.


Mungkin niatnya supaya ayah itu diam.

Mungkin niatnya supaya ayah itu tak melawan.

Mungkin niatnya supaya ayah itu tak sempat minta tolong.


Tiada siapa tahu apa dalam hati si anak.


Tapi dunia tahu satu perkara.


Seorang ayah ditinggalkan

seperti barang yang sudah rosak.


Lelaki tua itu dibawa ke hospital.


Di atas katil kecemasan,

dia tak menangis.


Dia cuma pandang siling.


Mungkin dia sedang teringat…


masa dia dukung anak itu kecil dulu.

masa dia suap anak itu makan.

masa dia marah anak itu demi mendidik.

masa dia penat bekerja demi keluarga.


Dan sekarang…


anak itu meninggalkan dia di tepi jalan.


Seperti dia tidak pernah wujud.


Kita selalu kata ibu bapa tak sempurna.


Tapi jarang kita tanya…


adakah kita sudah cukup menjadi anak?


Lelaki itu tidak meminta rumah besar.

Tidak meminta wang.

Tidak meminta kemewahan.


Dia cuma mahu…


tidak dibuang.


Kalau hari ini kita baca cerita ini dan rasa sedih,


ingat satu perkara.


Satu hari nanti,

kita juga akan jadi tua.


Dan pada hari itu,


yang kita harapkan bukan anak yang kaya,

tapi anak yang masih menganggap kita ayah.


Dan masih menganggap kita manusia.


Semoga lelaki tua itu sembuh.


Dan semoga anak-anak di luar sana sedar,


ibu bapa bukan beban.


Mereka adalah amanah

yang kita akan jawab di hadapan ALLAH.


~Ashabul A'araf - tak tahu nama sebenar penulis.


Ayah Itu Ditinggalkan Di Tepi Jalan


Friday, 16 January 2026

Kisah yang terharu ........

 


 Kisah yg terharu.

Assalamualaikum

Pagi tadi saya dengar radio klasik dlm kereta....Satu kisah yg terharu yg diceritakan oleh juruhebah perempuan radio tersebut..

Kisahnya begini ...

 

Ada seorang anak lelaki bawa ayahnya yg kena stroke akibat angin ahmar ke kedai makan mamak yg terkenal utk makan tengahari. Ayahnya teringin sangat nak makan nasi beriani kat kedei tu. Masa tu orang ramai dan meja makan pun rapat2. Setelah diduduk ayahnya elok elok, anak lelaki tu pun pesan makanan lauk2 kari.

Setelah makanan sampai, ayahnya mula menyuap sendiri.

 

Maklumlah pesakit angin ahmar, dlm keadaan terketar2 menyuap makanan, banyaklah remah yg jatuh di baju, seluar, malah di muka ayahnya yg kelihatan agak comot. Kebanyakan orang dlm restoran tu semua pandang dan curi2 pandang, ada juga beberapa orang tunjuk muka geli dan jijik. Namun begitu anak lelaki tu tetap bantu ayahnya suapkan makanan dan minunan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Setelah selesai makan dipapahkan ayahnya ke singki untuk dibersihkan, disabunkan tangan, lapkan muka, dibersihkan baju dan seluar ayahnya dari remah makanan seterusnya dipimpin ke kereta yg parking di hadapan restoran. Setelah itu anak lelaki itu ke cashier utk jelaskan bayaran. Sebelum beredar, anak lelaki tersebut telah ditegur oleh seorang pakcik,

 

"Anak, tak ada barang yg tertinggal ke ?" Jawab anak lelaki tu , "ok semua pakcik, spec abah, ubat abah, handphone abah, towel kecil abah, tongkat abah, semua saya sudah bawak masuk kereta.. tak ada yg tinggal..."

 

Pakcik tu berkata lagi, " Ada, kau ada tinggalkan kesan di hati orang2 yg perhatikan kau. Pertama, kesan dihati orang2 yg sebaya dengan pakcik, adakah anak2 kami akan berbuat baik seperti yang kamu lakukan terhadap ayah kamu. Kedua, kamu telah tinggalkan kesan di hati anak2 muda yg sebaya kamu, mereka akan tanya diri sendiri, sanggupkah mereka buat dan melayan mak atau ayah yg sakit dan uzur sepertimana yg kamu lakukan ini.

 

Pakcik lihat, pekerja2 restoran mamak pun turut terharu, malah ada yg kesat airmata teringatkan mak dan ayah barangkali. Pakcik sangat bangga dgn kamu semoga Allah memberi Rahmat kpd kamu.."

Sahut anak lelaki tu, " Ye ke pakcik.. alhamdulillah, saya sayang abah saya... abah kena stroke... moga2 abah cepat sembuh.

 

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

 

👪Anakku...

Bila aku tua,

Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,

Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,

Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.

Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

 

Anakku...

Bila aku tua,

Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,

Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,

"mak pekak ke?",

"mak bisu ke? "

"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.

Aku semakin MENUA...

 

😟Anakku...

Bila aku tua,

Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,

Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,

Semua itu adalah sebahagian dari proses MENUA.

Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

 

Anakku...

Bila aku tua,

Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,

Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.

Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.

Badan aku lemah.

Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.

Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

 

Anakku...

Bila aku tua,

sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

 

Anakku....

Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.

Jangan cemas.

Jangan menangis.

Hadapi dengan redha.

Aku berjanji pada kamu.

Bila aku bertemu Allah.

Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...

Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

Menjadi ikhtibar pd kita kalau masih ada ibubapa dn postlah posting diatas kpd group keluarga atau group peribadi keluarga sendiri sebab kite x nak kite atau anak2 kite sentiasa berdosa dgn ibubapa kite atau ibubapa mereka...

 

ALFATIHAH .........

RENUNG2 KAN LAH......

SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA NNTI KITALAH EMAK KITALAH AYAH PULA.....

 

 

YA ALLAH YA WADUD , TUHAN Yang Maha Penyayang ,

 

kami bermohon pada MU , keenakan bersujud , Syurga yang kekal abadi , do'a yang dimakbulkan , keluasan dan Rahmat , Wahai Tuhan Yang Sebaik-baik disembah .

 

YA ALLAH , Terimalah do'a kami , dan Jauhkanlah kami daripada setiap bala' . AAMIIN .🤲🤲🤲

 

ان لله و ان اليه راجعون

Sesungguhnya untuk Allah dan Sesungguhnya kepada Allah kembalinya kita .

 

AlFatihah buat ayahanda sahabat kita Ramlan . Semoga Almarhum ayahanda di tempatkan bersama  orang Beriman dan diampuni segala dosanya.Aamiin Ya Rabb🤲🤲🤲😔

 

 

 

Kuali Hitam

 

Sebiji kuali hitam

Di dapur rumah kelahiran

Adalah teman ibuku

Siang dan malam

 

Sebiji kuali hitam

Terjerang di atas tungku

Adalah penghibur ibu

Ketika kami menunggu.

 

Sebiji kuali hitam

Di atas api siang dan malam

Tahun demi tahun

Kami tidak pernah menghitung.

 

Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali

Sering memeluk kami

Pernahkah kami perhatikan

Matanya yang ditikam serbuk arang

Kulitnya yang dikoyak percikan api

Lengan yang diserap abu hitam

Dahinya yang disengat pucuk api

Kami hanya tahu lena kekenyangan.

 

Begitu tahun demi tahun

Kuali yang setia menjalankan tugasnya

Hingga kami dewasa dan hidup di kota.

 

Kini didapur rumahku yang bersih

Tak ada kuali hitam yang hodoh

Cuma pada kesempatan

Yang tidak selalu sempat

Aku memasak untuk anak-anak

Dengan kuali non- stick

Yang tebal dan mahal

 

Dan sesudah itu membasuhnya

Dengan sabun yang lembut

Berhati hati seperti memandikan bayi

Mengikut arahan pada buku panduan.

 

Suatu hari ibu ke rumahku

Dengan kerajinan yang biasa

 Memasak untuk kami sekeluarga

Cucu-cucunya ternyata amat berselera

Dan ibu merasa terlalu bahagia.

 

Dan sesudah itu dengan cara yang dia tahu

Mengemas dan merapikan dapurku

Dan seperti yang biasa dibuat

Pada kuali nya  di kampung

Dia menyental kualiku yang mahal

Dengan berus yang kesat dan spontan aku menjerit

"Ibu merosakkan kuali saya...tahukah ibu berapa harganya?"

 

Ibu terdiam..barangkali hatinya terguris

Barangkali dia hampir menangis

Melihat wajahku yang bengis

 

Dan kini...setelah ibu kembali kepada Ilahi

Aku menyesali ketelanjuranku

Kiranya aku mengukur kasih sayang ibu

Dengan harga sebiji kuali.

 

Ibu telah tiada

Kuali hitam tergantung sepi

Di dinding dapur rumah tua

Bolehkan kami menghitung

Berapa harganya?

 

Karya datuk dr. Zurinah

 

 

YA ALLAH ! ,

 

Sesungguh nya , aku terlalu banyak bersabar , aku menderita pilu dan aku merasai kepenatan.

 

YA ALLAH ,

 

Berikanlah khabar gembira , dengan lonjakan kegembiraan yang hebat ,

 

Yang dapat membuatkan aku bersujud pada MU , sebagai tanda syukur seorang hamba , YA RABB ! .🤲🤲🤲

Ambillah hikmahNYA

 

Dunia adalah jalan untuk mereka yang sentiasa mencari kebaikan. Hati yang selalu menagih keampunan daripada Allah SWT akan selalu dilorongkan dengan perbuatan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

 

Orang yang selalu mencari kebaikan akan mendapat kebaikan dan yang selalu lupa kebaikan, kejahatan akan datang kepadanya. Justeru, berdakwahlah di mana sahaja kerana dakwah sentiasa membuka jalan kebaikan bagi sesiapa yang melakukannya.

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 

"Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik."

(Surah Ali-Imran, ayat 110)

Di hati hanya Allah🤲🖐

 

 

ORANG YANG BENAR2 MENCINTAI RASULULLAH TIDAK AKAN DIBAKAR OLEH PANASNYA API NERAKA

 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

 

Ada seorang sahabat (sahabat wanita) ditantang oleh sahabiyyah yang lain, bahwa dirinya dikatakan tidak mencintai Rasulullah

 

Sahabiyyah tersebut marah dan berkata :

"Demi Allah aku mencintai Rasulullah."

 

Saat itu di dalam suatu tempat umum tentunya ada juga sahabat Rasulullah dari kalangan pria

 

Lalu para sahabiyah yang menantang berkata :

"Apa buktinya bahwa engkau benar-benar mencintai Rasulullah?"

 

Lalu dijawab :

"Kalian mau bukti yang bagaimana?!"

 

"Beranikah engkau membuka cadarmu sebagai tanda bukti kecintaanmu kepada Rasulullah?!"

 

Walaupun di tempat umum yang tentunya ada lelaki yang akan melihat wajahnya, sahabiyyah tersebut dengan spontan membuka cadarnya, ditarik ke atas lalu segera diturunkan lagi

 

Menyesal wajahnya telah dilihat pria yang bukan mahramnya karena spontannya, segera pulang wanita tersebut dan mengadukan permasalahannya kepada suaminya

 

Si suami setelah mendengar pengaduan istrinya, ia langsung menemui Rasulullah

 

"Yaa Rasulullah, istriku telah ditantang oleh sahabiyyah yang lain kalau ia mencintai engkau maka ia harus membuktikan tanda cintanya, lalu spontan ia menarik keatas cadarnya lalu diturunkan kembali"

 

Mendengar pengaduan sahabatnya, maka Rasulullah berkata :

"Carilah kayu yang besar dan banyak, lalu letakkan di belakang rumahmu"

 

"Marhaba yaa Rasulullah"

 

Segera ia mencari kayu yang banyak. Setelah terkumpul ia balik lagi menghadap Rasulullah

 

"Yaa Rasulullah, kayu itu telah saya dapatkan dan telah saya letakkan di belakang rumah saya"

 

Lalu Rasulullah berkata :

"Bakarlah kayu tersebut lalu letakkan di panci besar, lalu tuangkan air didalamnya, rebuslah sampai air tersebut mendidih dan tutuplah"

 

"Marhaba yaa Rasulullah"

 

Setelah air mendidih, ia kembali lagi kepada Rasulullah

 

"Yaa Rasulullah, air yang aku masak dalam panci besar tersebut sudah mendidih"

 

Rasulullah berkata :

"Katakan kepada istrimu untuk masuk ke dalam air yang mendidih tersebut lalu tutuplah atasnya"

 

"Marhaba yaa Rasulullah"

 

"Segera ia kembali pulang dan memerintahkan istrinya untuk masuk ke dalam air tersebut. Si istri segera masuk ke dalam air lalu ditutuplah atasnya.

 

Lalu suami dari sahabiyyah tersebut balik lagi menemui Rasulullah dan berkata :

"Yaa Rasulullah, istriku telah masuk ke dalam panci tersebut dan telah kututup atasnya"

 

Lalu Rasulullah berkata :

"Sekarang lihatlah dan bukalah tutupnya"

 

Segera ia kembali dan membuka penutup panci besar tersebut dan dilihatlah istrinya seperti anak kecil yang sedang bermain air di dalam tanpa merasakan panasnya air tersebut

 

Segera ia mengadukan kepada Rasulullah

 

"Yaa Rasulullah, mengapa istriku malah bermain air di dalam panci tersebut?"

 

Rasulullah berkata :

"Orang yang benar-benar mencintaiku tidak akan dibakar oleh panasnya api neraka".

 

اَللهم صل و سلم على سيدنا محمد نورك الساري و مدد الجاري واجمعني به في كل أطوار وعلى آله و صحبه يا نور

 

√ Jangan pernah lelah untuk terus bersholawat atas baginda Nabi Muhammad S.A.W

√ Biasakan Sholawat,Sholawat2...!!

 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ









 

Di Hati hanya Allah🤲

 

Allahumma Sholli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa'alaa Alihi WaShohbihi Wasallim🤲

 

 

Tuesday, 13 January 2026

INFO KESIHATAN 02/2026: BAHAYA SERANGAN ASMA DAN "SILENT CHEST"

Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Datin / Profesor / Profesor Madya / Dr. / Tuan / Puan/ Siswa/ Siswi UTeM,

 

Bacaan oksigen cantik (99%) tapi anak tiba-tiba rebah? Ini fenomena silent killer yang ramai terlepas pandang.

Salam Takziah buat keluarga yang kehilangan anak syurga akibat serangan asma baru-baru ini.

Ada satu iktibar besar dari sudut perubatan yang wajib kita semua faham.

 

Ramai ibu bapa menyangka:

 

"Asalkan bacaan oksigen anak 98%-99%, anak selamat."

Tuan-Puan, dalam kes serangan asma (lelah), NOMBOR OKSIGEN BOLEH MENIPU.

Memahami bagaimana "oksigen penuh" boleh bertukar menjadi tragedi dalam beberapa saat adalah ilmu mahal yang boleh menyelamatkan nyawa.

 

Kenapa Oksigen 99% Tiba-Tiba Jatuh Mendadak?

Pakar perubatan kecemasan menjelaskan situasi ini sebagai "Physiological Cliff" (Jatuh Gaung).

 

1. Oksigen Penuh, Tapi "Pintu" Sedang Tertutup 

Pada awal serangan, anak mungkin bernafas laju (hyperventilate) untuk kekalkan oksigen 99%.

Tapi di dalam badan, saluran nafas sedang perlahan-lahan kejang dan tertutup rapat (bronchospasm).

Oksigen dalam darah nampak cantik, tapi kemasukan udara baru sebenarnya makin tipis.

 

2. Bahaya "Meronta" (Fighting The Air)

Apabila anak mula stres, menangis, atau meronta (contohnya kerana dipaksa pakai mask oksigen), penggunaan oksigen badannya meningkat 200-300%.

Bayangkan: Bekalan udara masuk sikit (sebab saluran sempit), tapi badan guna oksigen macam orang berlari pecut (sebab meronta).

Akibatnya? Oksigen dalam darah "kering" serta-merta. Anak collapse.

 

Sebab Itu Doktor Utamakan "Asap" (Nebulizer) Berbanding Oksigen Semata-Mata

 

Sebagai info kesihatan awam, kami ingin jelaskan kenapa protokol rawatan di hospital/klinik begitu:

 

Fungsi Nebulizer (Wap)

Ia adalah KUNCI untuk membuka "pintu" saluran nafas yang terkunci. Tanpa saluran terbuka, oksigen tambahan tidak boleh masuk ke paru-paru.

Fungsi Oksigen

Ia adalah sokongan. Jika saluran tertutup rapat, memberi oksigen sahaja ibarat menembak angin ke dinding, ia tidak sampai ke dalam.

 

 

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Belajar?

 

1. Jangan Terpedaya Nombor: Jangan rasa selesa walau oksigen 99% jika nafas anak masih laju, berbunyi, atau dada berombak kuat.

2. Ketenangan Itu Nyawa: Jika anak meronta-ronta menolak mask oksigen, jangan paksa secara kasar. Pujuk dan tenangkan. Tangisan dan rontaan memburukkan keadaan asma.

3. Fahami Rawatan: Jika doktor fokus memberi Nebulizer, itu kerana mereka sedang berusaha membuka laluan nafas anak secepat mungkin.

 

Nyawa anak asma sangat rapuh.

Semoga penjelasan ini membuka mata kita semua supaya lebih peka dengan tanda-tanda amaran yang tidak tertulis pada skrin monitor.

 

 



 

Sekian terima kasih,

 “MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN"

 "MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN”

 Unit Perubatan Pesakit luar

Pusat Kesihatan Universiti

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

06-2292308

https://www.instagram.com/pusatkesihatanutem/

https://www.facebook.com/PusatKesihatanUTeM

https://www.tiktok.com/@pkuutem?_t=8lZMS8zyqLo&_r=1

 

Emel Ini Tidak perlu Di Balas .

INFO UTeM Hanyalah sebagai Medium Untuk Hebahan Makluman Kepada Semua Warga UTeM.

 Sekiranya Memerlukan Maklumbalas Lanjut, Sila Hubungi Penama Yang Disertakan Di Dalam Emel Ini.

https://cdo.utem.edu.my/ms/rujukan/tatacara.html

 

Tuesday, 6 January 2026

Happy New YEAR 2026

 For veteran golfers:

 

Dear Veteran Golfers, wise and sore,

Who’ve played this game since dinosaurs roared,

You’ve seen the clubs grow big and light,

While backs grew stiff and tees grew… tight.


You don’t swing hard—you swing smart,

With half a backswing, your frozen  shoulders snort,

The ball goes straight (not very far),

But hey, it’s still in play—heading for par!


You’ve mastered tricks the young don’t know:

How to read a lie, where not to go,

Your warm-up takes a little while,

Some stretching, groaning, forced-out smile,


But once you’re loose (around hole three),

You’re dangerous… relatively.

You’ve learned that distance is a phase,

Accuracy is what is grace.


May the New Year bring soft fairways,

Fast greens, forgiving bunker plays,

And may your swing stay smooth and true—

Or at least better than last year’s two.


Happy New Year, you legends grand,

Still holding clubs with steady hand,

Long may you golf, complain, and grin—

Because you’ve already won… you’re still in!


Happy New Year—now grip it tight,

Swing with hope, not too much might,

And if it all goes terribly wrong?

At least the 19th hole is strong!


Happy New Year 2026

Thursday, 25 December 2025

MASUK TANDAS BAYAR RM0.50

 MASUK TANDAS BAYAR RM0.50


Mari kita renungkan


Penjaga Tandas : Maaf Pak Cik..!!!

Untuk masuk tandas ni Pak Cik kena bayar RM0.50.


Pak Cik : (Menitiskan air mata)


Penjaga Tandas : Eh... Kenapa Pak Cik menangis, kalau Pak Cik tak ada duit cakap saja, nanti saya tolong bayarkan. Silakan Pak Cik masuk.


Pak Cik : Nak... Aku menangis bukan kerana tidak ada duit. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk tandas, membeli tandas ini pun aku mampu jika aku mahu.


Penjaga Tandas : Kalau begitu kenapa Pak Cik menangis?


Pak Cik : Aku menangis kerana tempat senajis dan sekotor ini pun mempunyai nilai harga yang harus dibayar bila ingin masuk. Apalagi untuk masuk syurga yang begitu harum dan indah. Berapa harga yang harus kita bayar. Cukupkah amal kita untuk membayar harga untuk masuk syurga?






Penjaga Tandas : 😔😭(Hanya terdiam dan turut menangis)


Ingat...Ketika anda masuk ke masjid apakah anda mengisi kotak amal atau tidak? Jika anda bersedekah itulah yg akan menjadi amal soleh kita.


Semoga Allah memudahkan kita, orang tua kita, keluarga kita dan semua umat Islam untuk masuk ke dalam Syurga. Aamiin Allahumma Amin..


BOLEH DISHARE SEBANYAK MUNGKIN BIAR TAMBAH MANFAAT.. 

In Shaa ALLAH🤲