Monday, 9 December 2024

Kisah di Celah Celah Mata Hati

 

Cari dalil diatas ciptaan Allah Ta'ala! 

Bila engkau bertafakur kepada ciptaan Tuhan akan membawamu kepada Penciptanya. 

Seorang mukmin yang yakin lagi arif mempunyai dua mata yang zahir dan dua mata yg batin. 

Dia akan melihat dengan kedua matanya yg zahir apa yg dicipta Tuhan dimuka bumi ini, dan dia melihat dengan kedua mata yg batin pula semua yg diciptakan Tuhan dilangit. 

Lalu diangkat tabir dari hatinya sehingga dia dapat melihat semua itu tanpa persamaan dan kebagaimanaan, dan menjadilah kesemua itu terdekat dengannya dan sangat dicintai. 

Sedang orang yg dicintai Allah itu tiada akan disembunyikan baginya apa pun. Tetapi tabir itu akan diangkat dari hati yg telah ditelanjangi, yakni dikosongi dari semua makhluk, dari jiwa, tabiat dan hawa nafsu serta syaitan. 

Dia lontarkan kesemua kunci-kunci harta dunia dari dalam tangannya, dan kini akan dipandangnya sama saja diantara batu dan pasir! 

Pakailah akalmu, dan teliti apa yg aku katakan ini dan fahamkannya baik-baik. Ingatlah aku sentiasa berkata dengan pati bicara, dengan jauharnya, dengan arti kebatinannya dan dengan nasihat yg berguna!


_SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI R.A

Keindahan Pelangi adalah Keindahan Ciptaan Ilahi.


-------------------------------------------------------------------------------------------


LEPAS NI TAKNAK SOLAT LAMBAT LAGI!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

WAKTU SUBUH

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. 

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

 Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU DZUHUR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

 Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. 

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). 

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

WAKTU MAGHRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. 

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. 

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. 

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

 Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

------

Menarikkan ilmu ni? Saya dapat dari kawan2 yg fwd di whatsapp.

P/s - Hanya berkesan apabila di awal waktu dan aura berjemaah tempat azan dilaungkan sahaja.

Sholat itu tidak PAYAH.....mudah.


SOLAT LAMBAT LAGI



-------------------------------------------------------------------------------------------




Selamat Hari SUAMI

" Suami itu macam Motorsikal. Makin lama makin banyak masalah, makin mahal utk di maintain dan........makin susah dihidupkannya.......hahahahahahahaha ..!!!


 HARI INI HARI SUAMI SE DUNIA


LAKI-LAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling KUAT


Dia membina MASA DEPAN mereka sekeluarga dengan hutang dan membayar hutang.


Dia telah bersusah payah tapi masih selalu dimarahi,


 Bayangkan masih kecil di Marahi Orang Tua,


 Sekolah di Marahi GURU


Kerja di Marahi BOSS


Nikah di Marahi  ISTERi,


Tua di Marahi ANAK CUCU,


 Matipun masih di Marahi  MALAIKAT


Kehidupan dia berakhir hanya untuk MENGALAH demi KEBAHAGIAAN orang lain


Kalau dia keluar rumah, kata orang dia MERAYAP


Kalau dia tinggal di rumah, kata orang dia MALAS


Kalau dia marahi anak2, kata orang dia GARANG


Kalau dia tak marah, kata orang dia laki-laki TIDAK TEGAS


Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, kata orang dia MENGONGKONG


Kalau dia bolehkan isteri bekerja, kata orang dia MAKAN GAJI ISTERI


Kalau dia dengar apa kata ibunya, kata org dia ANAK MAK


Kalau dia dengar kata isterinya, kata orang dia DKI (Di bawah Ketiak Isteri)😃😢


Kalau dia banyak MENOLONG wanita lain yg memerlukan, dikata HIDUNG BELANG😇😃


Kalau TAK MAU TOLONG wanita lain, katanya KEJAM


Tapi di tengah segala macam tuduhan, dia tetap KUAT💪🏻💪🏻


Kirim ke semua LAKI-LAKI, supaya mereka TERSENYUM; dan kepada semua wanita, supaya mereka SEDAR,


 Bahwa LAKI-LAKI itu amat BERHARGA.


^^Selamat Hari SUAMI``` Sedunia


Perjalanan Ke HANOI 2016


Wednesday, 4 December 2024

CAKAPPPPPPPPPPPPPPPPP !!!

 Assalam semua sahabat yang dikasihi. 


Berikut hanya sekadar berkongsi pandangan dengan Vet xcom yang masih mengenali saya. 


Lazimnya orang tua diejek/Di pandang serung apabila terlalu banyak bercakap, tetapi doktor melihatnya sebagai satu rahmat. 


Doktor pakar mengatakan bahawa pesara (warga emas) harus bercakap lebih banyak kerana pada masa ini, tiada cara untuk mengelakkan kehilangan ingatan.  Satu-satunya cara ialah bercakap lebih banyak.  Terdapat sekurang-kurangnya tiga faedah warga emas bercakap lebih banyak.


  Pertama: Bercakap mengaktifkan otak, kerana bahasa dan fikiran berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya apabila bercakap dengan cepat.  Ini secara semulajadi mempercepatkan pemikiran dan meningkatkan daya ingatan.  Warga emas bukan lisan (kurang bercakap) lebih berkemungkinan mengalami kehilangan ingatan.


  Dua: Bercakap lebih banyak melegakan tekanan, mencegah penyakit mental, dan mengurangkan tekanan.  Selalunya menyimpan segala-galanya di dalam hati tanpa berkata apa-apa, berasa lemas dan tidak selesa, oleh itu, adalah lebih baik untuk memberi orang dewasa peluang untuk bercakap lebih banyak.


  Tiga: Pertuturan melatih otot muka yang aktif, melatih tekak, meningkatkan kapasiti paru-paru, dan mengurangkan bahaya tersembunyi vertigo dan pekak, yang merosakkan mata dan telinga. 


  Ringkasnya, Sebagai seorang pesara, iaitu warga emas, satu-satunya cara untuk mencegah Alzheimer adalah dengan bercakap dan berinteraksi secara aktif dengan seberapa ramai orang yang anda boleh.  Tiada ubat lain untuk ini.


In Sya Allah. 


Jutaan terima kasih.








Terjemahan

 Seorang wanita muda dari Sepanyol menjelaskan maksud nama ‘ALLAH’ (Tuhan) dengan begitu indah setelah orang Arab sendiri gagal melakukannya!


Wanita muda ini, yang bernama Helen, kini sedang melanjutkan pengajian sarjana dalam bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan.


Pada suatu hari, dalam kelas tahun kedua, profesor Fakhry Kattaneh bertanya kepada para pelajarnya:


"Siapa di antara kamu yang boleh menjelaskan tentang nama Allah dari sudut keajaiban dan keindahan linguistiknya?"


Tiada siapa yang mengangkat tangan kecuali Helen, seorang wanita Sepanyol Kristian yang fasih bertutur dalam bahasa Arab klasik.


Dia menjawab:

"Perkara paling indah yang pernah saya baca dalam bahasa Arab ialah nama 'ALLAH'. Cara nama ini disebut dalam bahasa manusia mempunyai melodi yang unik, kerana bunyinya berasal dari bahagian belakang tekak, bukan dari bibir.


Nama ini tidak memerlukan pergerakan bibir untuk diucapkan, kerana hurufnya tiada titik. Sekarang, cuba sebutkan nama ‘ALLAH’ dan perhatikan bagaimana kamu melakukannya!


Huruf-hurufnya diucapkan dari belakang tekak tanpa melibatkan pergerakan bibir. Ini bermaksud, jika seseorang ingin mengingati nama 'Allah', orang sekeliling mungkin tidak menyedarinya."


Helen meneruskan:

"Satu lagi keajaiban nama ini ialah, walaupun beberapa hurufnya dibuang, maksudnya tetap sama."


Nama Allah biasanya disebut dengan bunyi vokal akhir ‘u’ (Allahُ).


Jika huruf pertama (alif) dibuang, ia menjadi 'Lillah' (milik Allah), seperti yang disebut dalam ayat:

“Hanya milik Allah nama-nama yang indah, maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama itu.”


Jika huruf alif dan lam pertama dibuang, ia tinggal 'Lahu' (milik-Nya), seperti disebut dalam ayat:

“Milik-Nya segala yang ada di langit dan di bumi.”


Jika alif dan kedua-dua lam dibuang, hanya tinggal 'Hu' (Dia), yang masih merujuk kepada Allah, seperti disebut:

“Dia-lah yang tiada Tuhan selain Dia.”


Jika hanya lam pertama dibuang, ia menjadi 'Ilah' (Tuhan), seperti disebut:

Allah, tiada Tuhan selain Dia.”



Helen menambah:

"Nama 'Allah' telah dikaji secara mendalam oleh para ulama. Kalimah tauhid 'La ilaha illa Allah' (Tiada Tuhan selain Allah) terdiri daripada tiga huruf: alif, lam, dan ha. Huruf-huruf ini ringan untuk disebut dan tidak memerlukan pergerakan bibir."


Dia menjelaskan:

"Tahukah kenapa? Supaya ia mudah diucapkan oleh orang yang sedang nazak tanpa perlu menggerakkan bibir atau gigi."


Hari ini, Helen dikenali sebagai ‘Abida’ (wanita yang beribadah).


"Kita sebagai orang Arab berbangga menjadi Muslim, tetapi kita gagal menjelaskan nama itu. Tahniah kepada dia kerana memeluk Islam."


"Kenapa kita padam mesej yang bercakap tentang agama, tetapi terus menyebarkan mesej-mesej biasa? Rasulullah SAW bersabda:

"Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat."


"Mungkin dengan menyampaikan mesej ini kepada orang lain, kamu menyampaikan satu ayat yang akan menjadi syafaat untukmu."


Akhir sekali:

"Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah."


Sebarkanlah, dan semoga jari-jemarimu menjadi saksi kebaikan untukmu pada Hari Akhirat kelak, insya-Allah.


Sekadar Hiasan.

Sekadar Hiasan.