Sunday, 17 November 2024

PENCAPAIAN CEMERLANG NILAI PENGAJARAN BAGI SEM 2 SESI 2023/2024

 Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Profesor/ Profesor Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,

SIJIL PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PENILAIAN PENGAJARAN BAGI SEMESTER 2 SESI 2023/ 2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan telah mencapai kecemerlangan dalam Penilaian Pengajaran bagi Semester 2 Sesi 2023/ 2024. Oleh yang demikian, Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES) berbesar hati menganugerahkan sijil berkenaan.

3.    Pihak CAES juga merakamkan setinggi – tinggi tahniah atas kejayaan YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih. 

Wassalam.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

"KOMPETENSI TERAS KEGEMILANGAN"

"MENJAJAR UNIVERSITI, MELONJAK KE HADAPAN"

Saya yang menjalankan amanah, 

b.p.: Pengarah

     Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik (CAES)

         Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


*Kais Pagi Makan Pagi, Kais Petang Makan Petang*
Alhamdulillah


Sijil buat kenang-kenangan.


Monday, 11 November 2024

Kisah Pendek

 Saen aku.. Cgu

Kuat isak okok.. 

Suka ride muto.. 

Baru ni ride muto dgn aku.. 

Sblm ride aku buat tazkiroh.. 

Bab isak okok..

Lepas tu kami ride dari Sura Ujong ke Cherating.. 


Sapa di Geliga.. 

Dia nangih.. 

Mmg napok dia Sedeh spjg kami ride.. 

Buleh ah brenti dia kater.. 

Alhamdulillah 

Kami berpelukan.. 

Dia kater.. 

Brenti isak okok lu.. 

Ngantuk mata dia kater.. 


Bambrayoks ngguh.. 

Patut ah duk genyeh mata all the way.. 

Ingat insaf.. 

Ngantuk ruper nyer.. 

Binawe..





---------------------------------------------------------------------------------------


Sekadar berkongsi dgn kawan kawan semua . 


Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia! 


Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?


Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)

.

.

MIB tu apa? Syarikat insurans ke?


Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. 

.

.

MIB dapat duit dari mana?


MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. 

.

.

Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

.

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:


1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.

2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.

3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.

4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.

5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.

6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

.

.

Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:


1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.

2. Repot polis.

3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).

4. Laporan perubatan.

.

.

Hantar dokumen di atas ke:


Motor Insurers' Bureau of West Malaysia

Wisma PIAM

No.150-3, 3rd Floor

Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

50782 Kuala Lumpur

Tel: 03-2274 7395

Fax: 03-2274 5910           


Peringatan -  kalau dah tahu jangan lupa kongsi dgn orang lain..


Perkongsian kita bersama.




----------------------------------------------------------------------------



Dua peristiwa yang menakutkan telah berlaku di Amerika dan mengejutkan seluruh dunia.


Terdapat dua negeri di Amerika yang terlibat secara langsung dengan Israel dalam pengeboman terhadap rakyat Palestin. Ingat, Israel sendiri mengakui bahawa tanpa bantuan Amerika, ia tidak mampu berperang walaupun selama dua hari. Jadi, Amerika yang menjadi tunjang kekuatan Israel ini sebenarnya merujuk kepada dua negeri di Amerika. Mari kita sebutkan negeri-negeri tersebut: salah satunya ialah North Carolina, dan yang satu lagi ialah Florida.


Apakah kepentingan kedua-dua negeri ini? North Carolina ialah pusat ketenteraan Amerika. Negeri ini mempunyai sekitar 10 juta penduduk, dan hampir keseluruhannya terlibat dalam pengeluaran peralatan ketenteraan atau menguruskan pangkalan tentera. Di sini terletaknya pangkalan tentera terbesar Amerika. Dari pangkalan ini, kapal terbang kargo yang membawa bom berlepas dan menghantar bom tersebut ke Israel, yang kemudian dijatuhkan di Palestin. Jadi, itulah North Carolina. Penduduk di sini sangat menyokong Israel sehingga apabila pesawat yang membawa senjata untuk Israel berlepas, mereka bersorak dan menjerit, “Bunuh Palestin! Bunuh Palestin!”


Sekarang kita beralih ke negeri kedua, Florida.


Di Florida, tinggal Yahudi terkaya di Amerika. Selain itu, terdapat juga peranan penting lain yang dimainkan oleh Yahudi di sini. Mereka ialah Yahudi yang mempengaruhi Kongres Amerika, meluluskan rang undang-undang dan pakej bantuan yang kemudian dihantar ke North Carolina untuk dimuatkan ke dalam pesawat dan diterbangkan. Oleh itu, 🛑 Florida melambangkan kekuatan kewangan dan politik, manakala 🛑 North Carolina melambangkan kekuatan ketenteraan.


Sepuluh hari yang lalu, Allah telah membangkitkan ribut besar dari laut, yang dinamakan oleh Barat sebagai ‘Helena,’ tetapi kita menyebutnya sebagai azab dari Allah. Ribut ini muncul dari laut, mengabaikan semua negeri lain, dan terus menuju North Carolina, seolah-olah sebuah pesawat pengebom besar bersiap untuk menjatuhkan bom. Apakah keadaan North Carolina sekarang?


Namun, sebelum itu, mari saya kongsikan fakta menarik: Bank Dunia menganggarkan bahawa kos membina semula Palestin ialah $35 bilion.


Ribut ‘Helena’ melanda North Carolina, menyebabkan hujan dan banjir besar sehingga sebahagian besar daripada 10 juta penduduk di sana kini kehilangan tempat tinggal. Mereka tidak mempunyai air minum. Ingat, Palestin tidak mempunyai pakaian, makanan, atau tempat berlindung—mereka hidup di bawah langit terbuka. Dan kerajaan Amerika menganggarkan bahawa kos untuk membina semula North Carolina ialah $35 bilion.


Ini adalah saat “كما تدين تدان”—“sebagaimana kamu berbuat, demikian juga akan dibalas.”


Sekarang, kita beralih ke Florida. Satu lagi ribut besar telah muncul dari Teluk Mexico dan kini menuju Florida seperti pengebom raksasa yang membawa bom paling dahsyat di dunia. Kali ini, ‘bom’ tersebut adalah angin dengan kelajuan 180 batu per jam, angin yang belum pernah dilihat oleh manusia sebelumnya. Ribut ini mengancam seluruh negeri Florida, dengan 22 juta penduduknya—hanya sebahagian kecil sahaja yang selamat, manakala selebihnya mungkin akan menjadi gelandangan. Ribut ini sangat dahsyat sehingga seluruh negeri Florida telah dipindahkan. Dan berapakah kos untuk membina semula Florida? $200 bilion!


Dalam Al-Quran, Allah menyebut dua kali tentang perjalanan di bumi dan memerhatikan bagaimana Dia menurunkan azab ke atas kaum yang zalim.


Surah Al-An’am (6:11):

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

“Katakanlah, ‘Berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan.’”


Surah Ar-Rum (30:42):

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِن قَبْلُ ۚ كَانَ أَكْثَرُهُم مُّشْرِكِينَ

“Katakanlah, ‘Berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang sebelum ini. Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.’”


Adakah ini bukan azab daripada Allah? Bukankah kita sepatutnya memberitahu anak-anak dan orang-orang di sekitar kita tentang azab ini agar rasa takut kepada Allah tersemat dalam hati kita? Azab ke atas para penzalim ini tiba setelah setahun penuh perjuangan dan syahid rakyat Palestin. Maka, kita perlu terus melakukan apa yang termampu dan jangan sekali-kali memandang rendah kekuatan doa.


وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ الْغَالِبُونَ

“Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang.” (As-Saffat: 173)








Mahakaya ini yang membantu anda dan negara – T15 kritik Anwar

 Mahakaya ini yang membantu anda dan negara – T15 kritik Anwar

Editor

By

Editor

30/10/2024


- Advertisement -

Oleh Dr Ahmad Farouk Musa


Salam Tuan Perdana Menteri, kami menulis surat ini sebagai sahabat anda. Sebagai sahabat yang berjuang bersama anda semasa era Reformasi.

Sebagai sahabat yang mempertahankan anda ketika menghadapi segala tuduhan. Sebagai sahabat yang bertarung habis-habisan untuk menjatuhkan kleptokrat terbesar yang pernah dikenali dunia. Sebagai sahabat yang percaya pada era baru yang membawa lebih banyak demokrasi dan kebebasan setelah kita berjaya menjatuhkan rejim korupsi sebelumnya.


Malangnya, sebagai pemimpin negara, keutamaan anda kini kelihatan tersasar.


Kini tampaknya anda menjadi sahabat  para kleptokrat — termasuk orang kanan anda yang dilepaskan dengan DNAA walaupun terdapat kes prima facie terhadapnya — dan sebaliknya menjadikan kami sebagai musuh, yang digelar sebagai T15.


Anda melabelkan kami sebagai “Mahakaya” seolah-olah kami ini mengaut kekayaan negara untuk kepentingan peribadi. Anda sering mencemuh kami, hampir setiap hari, kononnya kami mendapat manfaat daripada subsidi kerajaan.


Anda terlupa bahawa kami adalah kumpulan masyarakat yang memberikan sumbangan cukai terbesar. Menurut statistik, pada tahun 2022 sahaja, kami dari golongan T15 menyumbang hampir 80% daripada cukai pendapatan. Namun begitu, anda melabel kami seolah-olah kami adalah parasit dan penghisap darah masyarakat.


Ramai antara kami tidak lahir dalam keluarga yang kaya. Kami bekerja keras bertahun-tahun untuk mencapai kedudukan ini dalam masyarakat. Kami berkorban, berjaga malam, dan cemerlang dalam akademik demi mencapai kejayaan.


Namun, dalam perang anda melawan korupsi, anda mengarahkan serangan terhadap kami. Anda menjadikan kami musuh. Anda membayangkan bahawa kami yang ‘merampas’ manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh golongan B40.


Mungkin anda tidak sedar, atau mungkin ini strategi oleh Menteri Ekonomi anda untuk ‘merasionalisasikan’ (baca: mengurangkan) subsidi, dengan membina naratif yang membuat orang percaya bahawa ada satu segmen masyarakat yang dengan tidak malu mendapat manfaat subsidi untuk diri sendiri.


Anda membina naratif sempurna agar rakyat menerima rasionalisasi subsidi. Tetapi pada hakikatnya, kami tidak menggunakan minyak masak, telur, atau beras bersubsidi. Kami membeli minyak masak premium, telur gred A yang diperkaya, dan beras Basmathi.


Bukan untuk menunjukkan kekayaan, tetapi kerana kami mampu. Naratif bahawa kami mengambil barang bersubsidi untuk golongan B40 adalah palsu. Begitu juga, ramai di antara kami dalam golongan T15 menggunakan petrol RON97, bukan RON95 yang disubsidi.


Ini kerana kami memandu kereta kontinental, bukan untuk menunjuk kekayaan, tetapi kerana kereta ini lebih selamat di jalan raya. Bayangkan seorang pakar bedah yang bertahun-tahun berlatih, mati hanya kerana kemalangan jalan raya. Bukankah itu kerugian besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada masyarakat dan negara?


Selain itu, anda menjadikan proses untuk mendapatkan kembali subsidi tunai diesel melalui Budi Madani begitu sukar sehingga ramai yang akhirnya berputus asa.


Hingga kini, tiada siapa tahu rasional di sebalik pangkalan data PADU, yang dicadangkan dan dipromosikan secara aktif oleh Menteri Ekonomi anda. Sistem ini, yang dikatakan mampu membantu kerajaan dengan subsidi bersasar, akhirnya hanya menjadi projek gajah putih. Berapa banyak wang yang dibazirkan untuk membangunkan pangkalan data tersebut?


Tidak perlu dipertikaikan lagi: pembangunan pusat PADU menghabiskan RM85.27 juta dari dana negara! Itu bukan jumlah yang kecil untuk sebuah pangkalan data yang tidak terbukti manfaatnya. Hingga hari ini, kita masih belum melihat bagaimana pangkalan data ini akan memberi manfaat kepada rakyat, kecuali pembangunannya sahaja.


Malah, rasionalisasi subsidi ini dan semua dasar ekonomi Menteri Ekonomi anda adalah berdasarkan kepada sistem ekonomi neoliberal — falsafah ekonomi yang menekankan perdagangan bebas, deregulasi, dan pengurangan perbelanjaan kerajaan. Ia adalah sistem laissez-faire yang menggalakkan campur tangan minimum kerajaan dalam isu ekonomi rakyat kononnya untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.


Apa yang anda dan Menteri Ekonomi anda lakukan serupa dengan cadangan dari IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia, juara-juara neoliberal. Kita telah melihat kesan negatif agenda neoliberal ini ke atas sektor kesihatan kita.


Selain daripada pendidikan, sektor kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan. Pendekatan pasaran bebas untuk perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan adalah satu kesilapan. Tidak seperti industri lain, perkhidmatan awam tidak sepatutnya menjadi sektor yang menguntungkan. Kami merasakan strategi neoliberal anda akan memperburuk jurang ketidaksamarataan, menyebabkan golongan miskin tidak mendapat rawatan perubatan dan pendidikan yang setaraf dengan golongan kaya.


Mengapa kami dalam golongan T15 prihatin terhadap agenda neoliberal ini? Memang, kami mampu mendapatkan rawatan perubatan terbaik dan juga membiayai pendidikan anak-anak kami di institusi swasta.


Jawapannya mudah: kami, golongan T15, mengambil berat tentang masyarakat. Kami menyumbang 26% daripada pendapatan tahunan kami kepada cukai pendapatan. Kami mahu wang ini digunakan dengan bijak untuk rakyat, demi kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Kami tidak keberatan jika golongan B40 tidak menyumbang satu sen pun kepada hasil negara; kami tahu mereka miskin dan tidak mencapai tahap untuk membayar cukai.


Namun, kami sangat kecewa apabila individu yang berhutang jutaan ringgit dengan LHDN diberikan jawatan tinggi seperti Pengarah MATRADE.


Secara retrospektif, kleptokrat terbesar diberikan lebih daripada 50% diskaun pada denda dan hukuman penjara. Sudah tentu, anda boleh berlindung di sebalik dekri diraja. Tetapi ada orang yang jelas nampak apa yang sedang berlaku di sebalik tabir. Ini membuatkan segala retorik anda terhadap korupsi kedengaran kosong. Anda mempunyai keutamaan yang salah. Anda melancarkan serangan terhadap kleptokrat khayalan tetapi mengabaikan perompak sebenar di hadapan mata anda.


Maaf jika kata-kata ini kedengaran sangat keras. Namun, kami berharap anda sedar bahawa istilah penghinaan “Mahakaya” terhadap kami adalah sangat pahit dan sukar untuk diterima.


Kami ingin anda, dan juga Menteri Ekonomi yang angkuh dan egoistik itu, faham bahawa kami menyumbang paling banyak dari segi kewangan kepada negara. Selain itu, ramai di antara kami dalam T15 juga memberikan sumbangan kembali kepada masyarakat dari segi kepakaran kami yang tidak ternilai.


Jadi, jangan jadikan kami sebagai musuh. Jangan lupa bahawa kami adalah penyokong kuat anda dalam agenda reformasi untuk kebaikan negara, walaupun kini ramai antara kami merasa kecewa.


*Dr Ahmad Farouk Musa memiliki PhD dalam bidang Pembedahan dari Monash University, Australia, dan Sarjana Perubatan dalam bidang Pembedahan dari Universiti Sains Malaysia. Beliau juga merupakan calon kedoktoran dalam Pengajian Islam di Universiti Muhammadiyah Malaysia.


**Tulisan ini merupakan terjemahan bebas dari artikel beliau dalam bahasa Inggeris, “Mr Prime Minister! We, the T15, are not your enemies! yang diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF).


Retak Menanti Belah




Tuesday, 5 November 2024

Kisah-Kisah Di Celah Masyarakat

This is written by AAR in 2017.



 I first heard of VI when i was studying in TIGS, Batu Pahat. My band girl frens used to spend months in KL preping for Merdeka Day celebrations. They proudly showed me pics of handsome VI boys clad in their band uniforms. They told me of VI band boys, a clan of good looking gentlemen. I envied my frens n i secretly wished that i wud one day meet a VI boy.

Fast forward many stars n moon years.. Hub n I decided that we would bring up our future babies in KL. VI was never too far away from my mind. I never knew where VI was actually. But one day while stuck in a traffic jam, i turned to my right and there it was. The signboard proudly said VICTORIA INSTITUTION. Whoaaa. I was geli geli giddy excited. From that day onwarrds, everytime we passed by VI i wud announce out loud that if we had boys, they will be in VI. Everytime. My hub who hailed from Kuala  Terengganu didnt know what i was talking about. But i was determined that my boys will be  a Victorian.

Well i guess since i said it too many times it became a du’a. I have 2 boys n i am so proud to say that i have, since 2011, became a VI mom. Alhamdulillah. So what does it mean actually? What is it like to be a VI mom? 

Being a vi mom means you have to abide by VI rules n traditions. There are so many. Shoes must be laced. They have to be only white, no stripes n the tapak must also be white (well this rule has somehow been “cancelled” when ali came in 2013) else the always unsmiling, unfriendly looking abg prefects will send ur little darlings to dc. Detention class. Name tags have to be worn 2 fingers on top of d school badge. N d badge sewn (later d then gb ordered all boys to use metal badges, much to d dismay of d 5th formers who all these while were the only ones who cud wear one to show that they are d boss. The abg senior u-dun-mess-with-me sign). I used to have to spend precious hours in my mornings to help umar put on his name tag. His fingers were slender n mine chubby. So whose finger to choose now? Haha

Those rules do drive us moms up the wall. Imagine u promised ur boss “I nak pegi amek anak I dekat sekolah kejap. Nnti i will join u in the meeting” but upon reaching school u found out ur darling moomoo had to stay back for an extra half an hour becoz he n his classmates had to go dc bcoz they forgot to switch off d kipas n again, the abg prefect garang dunno how to smile had shouted at them BOYSSSS DOWNNNN (meaning kena push ups la what summore) plus oso sent them to dc. So there goes my meeting! Grrrrrrrrrr

Alas, my boys stayed n persevered, love n adore n respect their school, its rules n all n so do I. My fav spot in school? Of course the green lush field where i used to spend hours n hours waiting for Ali. Unlike his bro Umar (who tho funny n cheeky, presented vi for school chess n robotics comps) Ali wanted to do n excel in sports. Becoz of him, the Green n i have become good friends. 365 days in a year, i wudve easily spent 250 or more days on that field A YEAR. U do d maths. I love it at the Green. U cant tell that jez behind those walls, traffic jams were choking the city. When i sit to watch d boys train, i forgot abt my sometimes 1hr drive home to cheras (note: pengsan). The smell of d earth, the grass n the boys crowding around me asking for a drink or a choc chips or two, or an “Auntie ada ice pack tak?... i am so going to miss all that. 

There are many more “roles” of a VI mom actually. But i wud need 60 or more chapters for that! .. to be cont 😀

So today.. o well yesterday, was my Ali’s last day in school. He thus joins his bro Umar as VI old boys. N what’s left for me, like the other VI moms, are warm memories of this school, tucked in d middle of the city, its boys, its old old buildings, its wonderful Green, its tradition n grandeur n its wonderful aura that will surround these budak2 biru all their lives. 

When I asked Ali why din VI organise graduation ceremonies for f5 students like the ones organised by other schools, his answer was simple. “ Mommy, VI boys never leave their school”.  Well, neither will a VI mom dude! Hahah

Thank you VICTORIA INSTITUTION who has made my boys who they are today. I have truly enjoyed being a part of you (albeit minimal). Thank you for having us. Glory Glory Victoria! 

And all the best for SPM this coming monday! Pray for us!!

Bisous 💙 umar@1115 ali@1317 mommy@1117













Victoria Institution, VI Koala Lompar KL Malaysia.

Sunday, 3 November 2024

Skim Pencen Baru 💰



Bermula 1 Jan 2025,

semua kakitangan kerajaan baru akan berada dalam skim KWSP; tiada lagi skim pencen.


Bermula pada tarikh yang sama, setiap pesara berhak mendapat 1 pencen sahaja.


Untuk ahli politik:

Jumlah berpencen pertama mereka akan layak, dan semua yang berikutnya akan dibatalkan.


Bagi pasangan bersara, masing² berhak mendapat pencen mereka sendiri, tidak boleh dipindah milik kepada pasangan mereka jika 1 daripada mereka meninggal dunia.


Sekiranya pasangan yang berpencen meninggal dunia, pasangan yang tidak berpencen hanya berhak mendapat 60% daripada pencen pasangan yang meninggal.


Pelarasan kos sara hidup tahunan adalah maksimum pada 1% daripada bayaran pencen pertama,

dan tidak akan disesuaikan sepanjang hayat mereka.


Tiada bonus atau bayaran khas dalam apa jua bentuk akan dibenarkan.


Pekerja mesti bekerja 25 tahun untuk layak mendapat pencen.


Jika meletakkan jawatan pada 24 tahun, 364 hari,

pencen sifar.


Umur persaraan ialah 65 tahun.


Kelayakan pencen persaraan awal akan dipotong 10% setahun.


Jadi jika pekerja bersara pada usia 56 tahun, orang ini berhak mendapat 10% daripada jumlah pencen.


Sebab perubatan akan dinilai, dan mungkin separuh,

jadi jika berhenti sebab perubatan pada usia 56 tahun,

pencen ialah 20%.


Kelayakan kemasukan ke hospital adalah separuh daripada skim semasa dan tidak akan diselaraskan ke atas secara kekal.


Melakukan semua perkara di atas akan menjimatkan berjuta-juta setiap tahun dan menghentikan pencen secara berperingkat dalam tempoh 30 tahun...


SHARING IS CARING UTK MAKLUMAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA


Pejabat baru Kumpulan Wang Persaraan ( KWAP ) Cyberjaya, Selangor.


Diberitahu oleh Pegawai KWAP semua urusan Kebajikan Pesara dan Kemudahan Persara diuruskan oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) di Pejabat baru ini kecuali Kelulusan Persaraan mesti diluluskan di Pejabat Putrajaya.


Segala urusan Pesara Kerajaan diuruskan sebagaimana di alamat di bawah :-


Kumpulan Wang Persaraan (KWAP),

Jabatan Perkhidmatan Persaraan,

Aras 2 Sky Tech Towe 2,

MKN Embassy Techzone,

Jln Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor.


1. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah :-


I. Cetakan Kad Pesara JPA (Gantian)

II. Cetakan Penyata Pencen.

III. Surat Pengesahan Pesara / Balu / Anak Cacat.

IV. Surat Kelulusan Faedah Persaraan


2. Pembaharuan Perlantikan Wakil Diri :-

• Skim A ( Bayaran EFT ).

• Skim B (Tuntutan di Kaunter Bank).


3. Pertukaran Akaun Bank (jika perlu)


4. Permohonan Pencen Terbitan Balu/Duda

Anak IPT.

Anak Cacat.


5. Kemaskini :

. Maklumat Pesara.

• Alamat dan No. Telefon.

• Kematian.

• Penceraian.

• Tanggungan.


6. Semakan Maklumat Bayaran

. Kadar Pencen Semasa.

• Hitung semula (Buat Penyelarasan).

. Bantuan Pengurusan Jenazah.

. Semak Baki Pencen.


7. Perubatan :

• Permohonan Pembiayaan Hemodialisis

• Permohonan Pembiayaan Peralatan Perubatan.

• Tuntutan Bayaran Balik Rawatan / Ubat.

• Tuntutan Perjalanan.


8. Serahan Dukumen dari Agensi.

Sila bawa bersama

1.Salinan surat mati  yg dikeluarkan oleh JPN

2. Surat Nikah yg asal

3. Kad Pesara yg asal

4. No  Akaun bank penerima pencen terbitan.

Anda ada pertanyaan atau sebarang kemuskilan, bolehlah hubungi KWAP sebagaimana di bawah 👇 portal.jpapencen.gov

my/aduan mypesara@kwap.gov.my

www.kwap.gov.my

No. Tel : 03-8887 8777


Tempat letak kereta khas juga disediakan untuk Pesara yang hadir disana.

 

Kepada Pesara jika ada kesempatan, sesekali pergilah melawat kesana.


Mesej khidmat kebajikan kepada Pesara-Pesara Pelbagai Jabatan Kerajaan Malaysia di bawah JPA.


*Berkongsi Ilmu apa yang kita tahu demi kebajikan pesara semua.


*Beritahu atau Berkongsi kepada para sahabat serta rakan-rakan Pesara supaya hasrat Mereka yang ingin tahu Hak dan Keistimewaan mereka yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, yang sentiasa menjaga Kebajikan Pesara Kerajaan.


Semoga ianya Bermanfaat untuk pesara








Selamat Tinggal.