Monday, 30 September 2024

SUATU HARI

 


Suatu hari kamu jadi warga yang dihina,

Kerana bertutur bahasa ibunda;

Suatu hari bahasa ibunda mu bertukar, 

Diheretnya jauh dari maksud akar.


Suatu hari kamu dicaci,

Kerana citra kebangsaan mu dibenci;

Suatu hari kebangsaan bukan lagi milik mu,

Apabila anak-cucu bersekolah arus perdana tidak ketemu. 


Suatu hari kamu digelar penceroboh, 

Oleh tuntutan manusia yang menceroboh; 

Suatu hari cerita bangsa bukan lagi milik kita,

Kerana wajah sejarah telah jadi caca-marba.


Suatu hari tanah air mu akan jadi tanah mereka,

Dan kamu bergelar warga asing yang tidak merdeka;

Suatu hari keluhuran perlembagaan bukan lagi watan,

Kerana lakaran asalnya sudah tidak kelihatan.


Suatu hari kamu dipaksa menolak ombak,

Jika tidak robohlah rumah dan teratak;

Suatu hari tanah pusaka bukan lagi tanah air,

Tidak guna airmata mengalir. 


Suatu hari kamu tak terdaya lagi hidup sebagai pribumi sejak azali,

Kerana kaduk akan ke junjung menjadi sirih yang asli.


Oleh : Profesor Datuk Dr. Ahmad Murad Merican | 15 September 2024




------------------------------------------------------------------------------------------


HARI INI INSHA ALLAH DAH MASUK

12 RABIULAWAL, HARI KELAHIRAN BAGINDA MUHAMMAD S.A.W,

MARI KENALI SERBA SEDIKIT KEKASIH HATI KITA INI. 


Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w


BIODATA RASULULLAH S.A.W


🖌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.


🖌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571

Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah

Abrahah yang menyerang kota Kaabah)


🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba

perempuan bapa Rasulullah SAW).

🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali

Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


 USIA 5 TAHUN


💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat

untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


 USIA 6 TAHUN


💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '

(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


 USIA 8 TAHUN


💓 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan

perniagaan.


💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira

(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang

pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa

itu.


 USIA 20 TAHUN


💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,

jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah

14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan

berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.


💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi

pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah

binti Khuwailid Al-Asadiyah.


💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.


💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya

yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk

meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.


💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


 USIA 35 TAHUN


💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.


💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk

Makkah.


💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke

tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan

batu tersebut.


 USIA 40 TAHUN


💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul

akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar

Al-Siddiq.


💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


USIA 63 TAHUN


💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12

Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


💚 Khadijah Binti Khuwailid.

💚Saudah Binti Zam'ah.

💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

💚Zainab Binti Jahsy.

💚 Maimunah Binti Harith.

💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1.💜 Qasim

2.💜Abdullah

3.💜 Ibrahim

4. 💜Zainab

5.💜 Ruqaiyah

6.💜Ummi Kalthum

7.💜Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW


💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina

Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,

Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

( ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah *

5. Al-Abbas *

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ' bah

9. Hijl

10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *


* Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.  Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam

syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


💓Begitu indahnya sifat fizikal

Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua

muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran

apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..


💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.


💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari

terbit.


💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.


💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.


💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.


💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.


💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.


💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.


💞 Wajahnya seperti bulan purnama.


💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.


💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.


💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli

di bahagian sudut.


💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali

pertama kali melihatnya.


💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.


💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.


💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.


💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.


💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.


💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.


💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.


💞Rambutnya sedikit ikal.


💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah

bahu tapi disisir rapi.


💞 Rambutnya terbelah di tengah.


💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur

dari dada ke pusat.


💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya

lebih drpd biasa.


💞Seimbang antara kedua bahunya.


💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar

dan tersusun dgn cantik.


💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.


💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.


💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.


💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.


💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan

putih.


💞Warna putihnya lebih banyak.


💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.


💞Warna kulitnya putih tapi sihat.


💞Kulitnya putih lagi bercahaya.


💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.


💞 Badannya tidak gemuk.


💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran

sederhana lagi kacak.


💞 Perutnya tidak buncit.


💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai

baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


 KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad saw adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh

sepanjang zaman.


Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Catatan : 🙏🏽🙏🏽🙏🏽

Boleh Kirim kepada yang lain lainnya Untuk mengenal Beliau dan mencintainya










Tuesday, 17 September 2024

ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK (KISAH BENAR)


Kisah benar ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital untuk menguruskan jenazah yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah dia itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 80-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah dia itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital,saya hubungi saudara Arwah yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal dekat dengan hospital."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah jenazah berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

Artikel ini boleh aja dikongsikan dengan rakan-rakan anda. Sharing is Caring.





 
Semuga arwah aman disana. Amin YRA.


Semuga Allah merahmati arwah ibu ku
Maimunah Binti Jani Tarikh Kembali
12 Julai 2024.


Monday, 2 September 2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2024 Kemerdekaan

 A very good morning my dear friends... 


In life, the Greatest Handicap is FEAR,


The Hardest thing to do is BEGIN,


The most useless asset is PRIDE,


The most scary thing to do is CHANGE,


&


The worst mistake is to GIVE UP...!!!


Have an amazing National Day...



Pancaragam Kungfu HUSTLE

Hormat DIRAJA....


Daulat Tuanku!!







---------------------------------------------------------------------

Usah berhenti dalam meneruskan kehidupan, disebabkan sebahagian daripada kekecewaan dalam mencapai cita-cita,

lantaran, waktu tidak akan terhenti, ketika mana jam mengalami kerosakan .🖐️🤲.

---------------------------------------------------------------------

Tiadalah dunia itu , melainkan satu perjalanan yang akan pergi jua ,

mempersonakan kita dengan keindahan nya , membawa kita dalam medan dataran nya ,

Memperdayakan kita dengan janji-janji palsu nya , membuatkan kita terfitnah dengan keenakan nya .

Tidak terselamat , daripada kelincahan godaan nya , kecualilah seorang hamba yang sentiasa sedar .

YA ALLAH , Jadikanlah kami , daripada kalangan hamba-hamba MU , yang bertaqwa dan bersih suci , AAMIIN ! .🤲🤲🤲