Tuesday, 27 June 2023

Doa Arafah 1444H/2023M

 DOA ARAFAH BERSAMA2 DGN JEMAAH HAJI YG BERADA DI ARAFAH UTK BERDOA



Waktu Doa Mustajab Arafah bermula masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib di Arab Saudi (Wuquf di Arafah) 


9 Zulhijjah Selasa 27 June 2023 (waktu Saudi 🇸🇦)

Zuhur 🇸🇦 12:23pm

Maghrib 🇸🇦 7:06pm


*Bersamaan waktu Malaysia untuk berdoa*

9 Zulhijjah Selasa 27 June 2023 (waktu Malaysia 🇲🇾)

Waktu 🇲🇾 5:23pm

Waktu 🇲🇾 12:06am


Bagi yg ingin mengambil manfaat waktu yg sama dgn waktu Arafah di Saudi, boleh rujuk perkongsian waktu spt diatas. 


Semoga Allah qabulkan segala hajat sahabat2 sekalian dan diberikan dgn apa yg terbaik.



Monday, 26 June 2023

Raya Haji Korban 1444H 2023M,,,,Labbaikallah...

 Salam oull's.. Bacho dehh 👇



"Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..."


Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.



Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini. 


Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.


“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.



”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”


“Tiada satu pun”


Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.


“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.



“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”


“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”


“Itu adalah kehendak Allah.”


“Siapakah orang tersebut?”


“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. 


Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.


“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. 


Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. 



“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.


“Betul, siapakah tuan?”


“Saya Abdullah bin Mubarak.”


Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”


Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. 


“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”


“Wah! saya sendiri tidak tahu!”


“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”


Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”


Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.


Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu   melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”


Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. 


Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.


“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.” 


“Tetapi anda batalkan?”


“Benar.” 


“Apa yang berlaku?”


“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” 


“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”


“Ya sayang.” 


“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”


“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”


Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. 


Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”


“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas. 


“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata. 


Saya bertanya kenapa?


Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya. 


Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”


“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”


Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”


Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”


Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..


Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..


Semoga kita dijauhi dari sifat bakhil inshaAllah..


وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَىٰ . وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَىٰ . فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَىٰ . وَمَا يُغْنِي عَنْهُ مَالُهُ إِذَا تَرَدَّىٰ


"Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala terbaik.  Maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar. Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila ia telah binasa"

(QS. Al-Lail. 8-11)


Semuga Bermanfaat .. 🙋‍♂️



Thursday, 22 June 2023

Hidup Suatu Pengorbanan

 

Hidup memerlukan pengorbanan. Ada orang yang melalui kehidupan dengan pelbagai pengorbanan hasil daripada ujian yang dilalui. 



Kadangkala pengorbanan yang dilakukan bukan kepalang dan amat pedih untuk diharungi. Namun walau seberat manapun ujian daripada Allah, sebagai hamba yang taat, kita perlu ingat setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



Setinggi manapun pengorbanan yang perlu kita lakukan, sudah pasti tidak sehebat pengorbanan yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS.


Nabi Ibrahim tidak ada anak sehingga berusia sekitar 90 tahun, kemudian baru Allah kurniakan anak hasil perkahwinan dengan Siti Hajar bernama Ismail. Selepas mendapat anak, tiba-tiba diarahkan untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tengah padang pasir Mekah yang kering kontang.



Setelah Ismail AS meningkat remaja, Allah menguji sekali lagi Nabi Ibrahim dengan memerintahkan pula untuk menyembelih anak kesayangannya itu. Biarpun sangat kasihkan Ismail namun dia tetap taat melaksanakan perintah Allah. Namun, Allah akhirnya menggantikannya dengan seekor kibash. Firman Allah SWT:


فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ ٱلسَّعْىَ قَالَ يَٰبُنَىَّ إِنِّىٓ أَرَىٰ فِى ٱلْمَنَامِ أَنِّىٓ أَذْبَحُكَ فَٱنظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَٰأَبَتِ ٱفْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلصَّبِرِينَ


Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102)



Adakah kita mewarisi sifat Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan sesuatu yang amat disayangi semata-mata melaksanakan perintah Allah?


Adakah kita mewarisi sifat Siti Hajar sebagai seorang isteri yang kuat dan tabah ketika mendengar dia dan anaknya Ismail akan ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang berdua beranak? Lantas dia bertanya kepada Nabi Ibrahim: Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Lantas Siti Hajar berkata  “Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan kami”.


Adakah kita mewarisi sifat Nabi Ismail yang taat dan sabar sebagai seorang anak? Apabila ayahnya Nabi Ibrahim AS memberitahu untuk menyembelihnya atas perintah Allah, lantas dia menjawab: 


Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; In Sya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (As-Saffat: 102).



Sanggupkah kita mengorbankan keselesaan, harta, tenaga, masa demi melaksanakan ketaatan kepada perintah Allah?

 

Mungkin ada di antara kita perlu mengorban masa dan wang ringgit untuk memastikan ibu dan bapa yang kurang sihat mendapat rawatan yang terbaik. Jangan mengeluh kerana itu semua adalah ujian daripada Allah. Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah SWT.


Anggaplah semua pengorbanan kita itu satu ibadah. Dengan adanya perasaan sebegini maka kita akan mampu mengawal diri agar tidak mudah merasa kecewa dan marah. Ambil iktibar, hidup ini penuh dengan ujian yang menuntut pengorbanan.


Orang yang baik dan soleh, Allah SWT akan sentiasa menguji dengan pelbagai ujian. Namun, tidak perlu gusar kerana ujian-ujian tersebut hanya sementara sifatnya, dan selepas itu Allah SWT akan memberikan kesenangan pula kepadanya sepertimana Firman Allah SWT 


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا


Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (al-Insyirah: 6)



Hidup ini ialah suatu pengorbanan. Beruntunglah bagi mereka yang tidak mengeluh apabila berhadapan dengan ujian ini dan redha dengan apa yang Allah SWT anugerahkan sama ada baik mahupun buruk.

Sunday, 18 June 2023

Selamat Hari Bapa 18/6/2023

 Hari ni satu dunia meraikan hari bapa. Bapa seperti biasa, selamba saja.Itulah bapa. Sebenarnya ibu dapat macam2 dlm dunia ni. Tapi bapa tak kisah. Tak kecil hati pun. Itulah bapa. Gentleman sungguh.



Ibu dapat negara, jadi ibu negara.

Bapa negara tak pernah ada. 

Negeri pun beri kat ibu jadi ibu negeri. Bapa tak dapat juga. Ibu dapat kota, jadi ibu kota. Bapa kota tak pernah wujud. Ibu dapat pertiwi jadi ibu pertiwi. Bapa pertiwi mana ada. Pejabat pun bagi kat ibu jugak, jadi ibu pejabat. 



Bapa pejabat entah di mana. 

Sawat pun ibu punya, jadi ibu sawat. Bapa sawat tak wujud. Jari pun bagi kat ibu, jadi ibu jari. Bapa hanya menggigit jari. Ada dengar bapa komplen?..tara, Tak ada kan..kan... Demikian begitu gentlemannya yg bergelar bapa.Hanya ayam diberi kpd bapa,jadi bapa Ayam . Binawe betol... 😆 😂Happy Fathers day semua...




Kepala Jabatan Bapak Kantor