Friday 30 September 2022

Stressed --- Life sucks

 SHAMS TABRIZI




Once the famous sufi saint Shams Tabrezi was traveling with a few of his followers.

While they were passing a lake, Tabrezi told one of his disciples, “I am thirsty”

Do get me some water from the lake."

The disciple walked up to the lake.

At that moment, 

a bullock cart started crossing through the lake.

As a result, 

The water became very muddy and turbid.

The disciple thought, 

"How can I give this muddy water to Tabrezi to drink?"

So he came back and told Tabrezi, “The water in there is very muddy”, 

I don't think it is fit to drink."

After about half an hour, again Tabrezi asked the same disciple to go back

to the lake.

The disciple went back, 

and found that the water was still muddy.

He returned and informed Tabrezi about the same.

After sometime, 

again Tabrezi asked the same disciple to go back.

This time, the disciple found the mud had settled down, and the water was clean and clear.

So he collected some water in a pot and brought it to Tabrezi

Tabrezi looked at the water, and then he looked up at the disciple and said, 

"See what you did to make the water clean. 

You let it be, 

and the mud settled down on its own, and you have clear water."

Your mind is like that too ! When it is disturbed, 

just let it be. 

Give it a little time. 

It will settle down on its own.

You don't have to put in any effort to calm it down.

It will happen. 

It is effortless."


Al Marhum

 *Beberapa Fakta Berkaitan Professor Dr Yusuf Al-Qardhawi*



1. Lahir di Mesir pada tahun 1926 dalam keluarga yang miskin dan membesar sebagai anak yatim sejak usia 2 tahun selepas kematian bapanya. Namun dalam kesusahan dan serba kekurangan berjaya menghafal 30 juzuk Al Quran ketika berusia 9 tahun dan menjadi pelajar terbaik di seluruh Mesir ketika dibangku sekolah.


2. Menyambung pengajian di peringkat Ijazah, Master dan PhD di Universiti Al Azhar. Tesis PhD beliau yang mengkaji Fiqh Zakat mendapat anugerah tesis cemerlang oleh Universiti Al Azhar. Walaupun baru tamat pengajian di peringkat master, beliau telah dihantar oleh Al Azhar untuk berkhidmat sebagai Pengarah Institut Pengajian Islam di Qatar pada tahun 1962. 


3. Beliau mengasaskan Fakulti Pengajian Islam di Qatar University dan menjadi dekan di fakulti tersebut selama 13 tahun (1977-1990). Selain itu beliau pernah berkhidmat di Algeria sebagai Pengerusi Scientific Council of Islamic University and Higher Education. Di Malaysia, UIA menganugerahkan tokoh akademik antarabangsa kepada Al Qardhawi serta anugerah yang sama diperolehi oleh Sultan Brunei, Jordan dan King Faisal Saudi. 


4. Al Qardhawi menulis 120 buah buku akademik sepanjang hayatnya. Di antara yang masyhur dan menjadi rujukan dunia ialah Fiqh Zakat, Fiqh Jihad, Fiqh Kenegaraan, Fiqh Kesederhanaan dan Halal Haram dalam Islam. Rancangan televisyen beliau di TV Al Jazeera berkait Syariah dan Kehidupan ditonton oleh 40 hingga 60 juta orang di seluruh dunia.


5. Di peringkat antarabangsa pula, beliau mengasaskan Kesatuan Ulama-Ulama Islam Se-dunia dan menjadi pengerusinya selama 14 tahun. Beliau juga menubuhkan Majlis Fatwa Eropah pada tahun 1997 yang berjasa besar dalam mengeluarkan fatwa-fatwa sebagai panduan kepada minoriti Muslim yang berada di benua tersebut. 


6. Ketika remajanya, beliau pernah mengikuti siri-siri syarahan pengasas pertubuhan Ikhwanul Muslimin Syed Hasan Al Banna. Penglibatan beliau dengan gerakan tersebut menyebabkan beliau pernah di penjara di usia mudanya sebanyak 4 kali iaitu sekali di zaman Raja Farouk dan 3 kali di bawah pentadbiran Presiden Jamal Abdul Naser. 


7. Pengaruh beliau yang besar dan mengancam pemerintah diktator Mesir menyebabkan beliau tidak dibenarkan untuk pulang ke Mesir selama hampir 50 tahun sehinggalah Hosni Mubarak digulingkan dalam revolusi Arab Spring pada tahun 2011. Hanya beberapa hari selepas kejayaan revolusi tersebut, Qardhawi pulang ke Mesir buat kali pertamanya dan memberi ucapan di hadapan jutaan rakyat Mesir yang masih berhimpun di Dataran Tahrir. Ia menjadi detik bersejarah apabila solat jumaat terbesar di dataran tersebut yang beliau imamkan turut dihadiri oleh ribuan penganut agama Kristian yang berkhidmat membantu menjaga keselamatan orang Islam yang bersolat. 


8. Apabila kerajaan demokratik Morsi digulingkan oleh tentera pada tahun 2013, Qardhawi kembali disenaraikan sebagai pengganas oleh kerajaan tentera Mesir. Malah nama beliau dihantar kepada Interpol untuk ditangkap bagi dibicarakan atas tuduhan yang tidak wujud. Kes beliau dibicarakan di mahkamah tentera Mesir tanpa kehadiran beliau dan Mesir menjatuhkan hukuman mati pada tahun 2015 terhadap Al Qardhawi. 


9. Malah anak perempuan beliau Ula Qardhawi dan menantunya telah ditangkap oleh pihak Mesir pada tahun 2017 dan dipenjarakan walaupun tidak ada sebarang keputusan mahkamah dibuat. Namun selepas 4 tahun di penjara, Ula telah dibebaskan selepas pendakwa gagal membuktikan sebarang pertuduhan terhadap beliau. 


10. Pada tahun 2017, Arab Saudi pula menyenaraikan Qardhawi sebagai pengganas. Beliau tidak dibenarkan memasuki Saudi untuk menunaikan umrah dan haji serta namanya sekali lagi dihantar ke Interpol sebagai individu dikehendaki. Dalam tuntutan 4 negara yang diketuai oleh Saudi, UAE, Mesir dan Bahrain ketika mengenakan sekatan terhadap Qatar, keempat empat negara menuntut Qatar menghalau keluar Qardhawi dari negara tersebut. Namun ia tidak diterima oleh Qatar.


11. Semalam Professor Dr Yusuf Al Qardhawi telah meninggal dunia buat selama-lamanya di usia 96 tahun. Walaupun dimusuhi oleh beberapa negara, tetapi beliau pergi meninggalkan jutaan anak murid yang belajar secara langsung dengan beliau, atau menjadi penonton di rancangan TV beliau. Walaupun jasadnya sudah tidak ada, khazanah ilmu beliau berupa lebih 100 kitab-kitab kekal akan menjadi rujukan zaman berzaman. 


12. Pengajaran bermakna untuk kita ialah, siapapun asalnya kita walaupun daripada keluarga yang miskin tidak menjadi halangan untuk berjaya dengan cemerlang dalam kehidupan. Qardhawi telah buktikan sebagai anak yatim dari keluarga miskin, beliau telah menjadi tokoh akademik dunia sehingga pernah disenaraikan oleh Majalah Foreign Policy sebagai Top 20 tokoh akademik paling berpengaruh di dunia. 


13. Keduanya, keilmuan dan keberanian dalam mengangkat kebenaran tidak boleh dipisahkan. Qardhawi memilih untuk berkata benar terhadap pemerintah sehingga beliau dimusuhi, dipenjarakan, dihalau keluar dari tanah air sendiri, malah dihukum bunuh. Namun, disebabkan 'keberanian' mengangkat kebenaran itulah menyebabkan pengaruhnya, ilmunya dan kitab-kitabnya menjadi rujukan dan ikutan kepada jutaan manusia. 


14. Ia pengajaran cukup bermakna untuk kita. Sama-samalah kita doakan setinggi keampunan buat beliau serta ditempatkan bersama hamba hamba yang soleh.

Thursday 29 September 2022

Anugerah Jasa Bakti (AJB) 20 tahun Plus

 

Sijil Anugerah Jasa Bakti M Minhat 2022 Perkhidmatan lebih 20 tahun.
.



Buku Anugerah Jasa Bakti M Minhat 2022 Perkhidmatan lebih 20 tahun.


Tarikh Mula Kerja: 21 Jun 2001 (KUTKM/UTeM).
Tarikh Tamat Kerja (jika ada umur): 8 Jun 2028. 60 tahun.



Di Industri:

Mitsumi Pontian : Oktober 1994 - Mei 1995
Samsung Sungei Gadut, Senawang: Jun 1995 - Feb 2000
Aero-Composites Tech (ACT/CTRM): Mac 2000 - Mei 2001


Terasa dah tua lah pulak. Warga EMAS.

Simpan disini.

 

Team Pattern Champion 3 September 2022 - Ahmad Ikhwan Bin Mohamad.

SJK (C) SAM CHAI HALL, IPOH


Sparring 1st Runner Up 3 September 2022 - Ahmad Ikhwan Bin Mohamad

SJK (C) SAM CHAI HALL, IPOH

Gold Award and Silver Award Medals.

Thursday 15 September 2022

Burong




 Burong.

.

Seekor burung gagak tinggal di hutan dan benar-benar berpuas hati dalam kehidupan.

Tetapi pada suatu hari dia melihat seekor angsa. "Angsa ini sangat putih," fikirnya, "dan saya sangat hitam.

Angsa ini pasti burung paling gembira di dunia."

Dia meluahkan fikirannya kepada angsa. "Sebenarnya," jawab angsa itu, "Saya merasakan bahawa saya adalah burung yang paling gembira di sekeliling sehingga saya melihat seekor burung nuri, yang mempunyai dua warna. Sekarang saya fikir burung nuri adalah burung yang paling gembira dalam penciptaan."

Burug gagak kemudian menghampiri burung nuri. Burung nuri menjelaskan, "Saya menjalani kehidupan yang sangat bahagia? Sehingga saya melihat seekor burung merak. Saya hanya mempunyai dua warna, tetapi burung merak mempunyai pelbagai warna."

Burung gagak kemudian melawat seekor burung merak di zoo dan melihat ratusan orang telah berkumpul untuk melihatnya.

Setelah orang ramai beredar, burung gagak menghampiri burung merak. "Sayang burung merak," burung gagak berkata, "anda sangat cantik. Setiap hari beribu-ribu orang datang untuk melihat anda. Apabila orang melihat saya, mereka segera menghalau saya. Saya rasa anda adalah burung yang paling gembira di planet ini."

Burung merak menjawab, "Saya selalu menyangka bahawa saya adalah burung yang paling cantik dan gembira di planet ini. Tetapi kerana kecantikan saya, saya terperangkap dalam zoo ini.

Saya telah memeriksa zoo dengan teliti, dan saya telah menyedari bahawa burung gagak adalah satu-satunya burung yang tidak disimpan dalam sangkar. Jadi sejak beberapa hari lalu saya berfikir bahawa jika saya seekor burung gagak, saya boleh berkeliaran di mana-mana."

Itu masalah kita juga. Kami membuat perbandingan yang tidak perlu dengan orang lain dan menjadi sedih. Kita tidak menghargai apa yang Allah berikan kepada kita. Ini semua membawa kepada kitaran ganas ketidakbahagiaan.

Hargailah apa yang Allah Ta‘ala berikan kepada kita.

Pelajari rahsia bahagia dan buang perbandingan yang hanya membawa kepada kesedihan???