Alumni Asrama Doktor Latiff, Persiaran Gurney (1981-1985).
Thursday, 23 June 2022
Thursday, 16 June 2022
Anyone can fly I believe I can fly
*Masya Allah. Betul betul kreatif sekali yang menulis pesan ini*
➡ *PERJALANAN MANUSIA*⬅
( *IDE
NTITI PENUMPANG* )
Nama : *Manusia*
Tempat Asal : *Tanah*
Alamat : *Planet Bumi*
( *KETERANGAN PERJALANAN* )
Terminal Keberangkatan : *Dunia*
Transit : *Alam Kubur*
Terminal Kedatangan : *Padang Mahsyar*
Tujuan Akhir : *Syurga/Neraka*
Jam Keberangkatan : *Surprise/Menunggu izra'il Menjemput*
*Check In* :
Akan Dilakukan Oleh Malaikat Maut.
*BARANG BAWAAN YANG DIIZINKAN*
1. *Kain Kafan*
2. *Iman*
3. *Amal Sholih*
*BARANG BAWAAN YANG TIDAK DIIZINKAN*
1. *Istri/Suami Berikut Anak*"
2. *Harta Benda*
3. *Jabatan*
*BARANG YANG BOLEH DATANG MENYUSUL*
1. *Sedekah/Jariyyah*
2. *Ilmu Yang Bermanfaat*
3. *Do'a Anak Sholeh*
( *PERHATIAN*‼️)
Kami sarankan kepada *Para Penumpang*
1. Sebelum keberangkatan diharapkan *untuk selalu membaca, mempelajari*, dan *mengamalkan buku petunjuk kehidupan* yang sudah tercantum dalam *al-Quranul Karim*.
2. Sebelum keberangkatan diharapkan *untuk selalu mengamalkan standard operating procedure (SOP)* seperti yang ditunjukan oleh Rasullullah SAW.
3. Kami sarankan *untuk selalu waspada* dan *Hati-hati dengan calo syaithan* yang selalu menawarkan tiket *ke neraka jahanam*.
*CATATAN PENTING*
Kpd para penumpang, *Sebelum Keberangkatan*, Kami Ingatkan untuk :
*Selalu Memeriksa kembali barang bawaan* yang akan anda titipkan :
1: *Tolong cek dulu Istri/Suaminya* jangan sampai mereka *tidak pernah di arahkan ke jalan Allah* dan *Rasulnya*,
2- *Cek dulu anak-anaknya* jangan sampai mereka *tidak pernah di ajarkan pendidikan-pendidikan agama*,
3- *Cek dulu hartanya* jangan sampai ada yang *belum pernah di zakatkan*,
3- *Cek dulu jabatannya* jangan sampai di jadikan fasilitas *untuk menindas rakyat-rakyat yg lemah*, dan tentunya *kami anjurkan bagi para penumpang untuk selalu berdo'a terlebih dahulu* supaya *selamat sampai tujuan*.
*DO'A YANG KAMI ANJURKAN*
Ya Allah Ya Robbi..
-- *Selamatkanlah kami semuanya, ibu & bapak, suami / istri, anak_anak, saudara,* dan *sahabat sahabat kami dalam perjalanan panjang ini*,
*Tunjukkan kpd kami petunjuk yang benar saat tiba di terminal keberangkatan kami (dunia ini),* dan *istirahatkanlah kami saat tiba di stesyen alam kubur*,
*Berikanlah kami kemudahan* saat *sampai di terminal akhir padang mahsyar nanti*,
*Sampaikanlah kami ke tujuan kami (syurga),* dan *berilah pahala yang besar kepada orang yang membagikan/men _share pesan ini Aamiin_*
Kami Berharap Anda Untuk *Bisa Menta'ati Semua Peraturan Peraturan Agama* yg terus berlaku, *Agar Anda Tidak Tersesat* dan *Bisa Selamat Sampai Tujuan,*
Atas Perhatiannya kami Ucapkan terima kasih
Sahabat, sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. *Membiarkan sedikit pengetahuan ini* hanya sampai di baca sendiri.
2. *Membagikan sedikit pengetahuan ini* kepada semua teman_teman di GROUP
Whatsapp'mu, *Insya Allah akan menjadi pahala bagimu*
Rasanya bila ini diteruskan, pasti bermanfaat.
Saturday, 11 June 2022
Hari Sisa Sisa Usia
🗣️🗣️🗣️
*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*
Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang!
Kalau derita sekadar di dun
ia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah.
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.
Cadangan Manfaat:
1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.
2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.
3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!
4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!
5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.
6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.
7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.
8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!
9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!
10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.
11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat.Anak2 perlu belajar bayar bil elektrik, air dan lain2 jika tinggal sebumbung dgn kita yg dah pencen ni.Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.
12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.
13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.
Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.
🌾 Semoga bermanfaat.✍️🌷