Wednesday, 27 October 2021

Cara Minum Air Rasulullah SAW

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ,

 وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.


1 hari 1 hadith.... 

In Syaa Allah....


Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata,


Maksudnya;


"Rasulullah SAW. melarang daripada minum secara langsung melalui mulut bekas air (untuk menghindari sesuatu yang boleh membahayakan)."



Ertinya:-


Jangan minum terus (langsung) dari botol atau tin minuman.. sebaiknya isikan (tuangkan) dahulu ke dalam cawan, kemudian baru minum..



Sekadar Perkongsian.. Rujuk kitab Ringkasan Riyadhus Shalihin, Imam An-Nawawi, m/s 464.


Penulis: Jika tak boleh ikut semua, Jangan ditinggalkan semuanya.








Sunday, 24 October 2021

Stay @ Home. Stay safe

 *KELONGGARAN PPN KE FASA 2. DILUAR SANA MASIH MERBAHAYA*


Nabi Nuh AS melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut sepenuhnya.  

Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera. Nabi Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula. Pada petang hari, burung itu kembali kepada Nuh sambil membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya. Dengan itu Nuh mengetahui bahawa air sudah surut. Dia menunggu selama tujuh hari lagi, lalu melepaskan merpati itu sekali lagi, kali ini merpati itu tidak kembali. Nabi Nuh mengetahui segala yg ada di dalam bahteranya selamat untuk mendarat.



PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI:

Jangan tergesa-gesa keluar beramai-ramai ke sana ke sini walau pun untuk balik kampung kerana di luar sana masih merbahaya. Mari kita ikut contoh Nabi Nuh A.S, mematuhi SOP seberapa ketika di dalam "Bahtera" kita sehingga yakin semuanya selamat.


Wallahua'lam.


Kisah nabi.




Monday, 18 October 2021

Kawan kawin kawan .....sahabat

 🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

ADAT BERKAWAN*


*Bagus kata kata ini..Idea siapalah agaknya*


Dari kawan ada yang menjadi rapat.

Dari kawan ada yang menjadi sahabat.

Dari kawan ada yang menjadi kekasih.

Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami. 

Dari kawan ada yang menjadi ipar. 

Dari kawan ada yang menjadi biras.

Dari kawan ada yang menjadi bisan. 

Dari kawan ada yang menjadi mertua. 

Dari kawan ada yang menjadi madu. 

Dan dari kawan ada yang menjadi lawan.

Itulah lumrah kita dalam berkawan...


Bila berkawan dengan ramai kawan ini...


Baru kita sedar... 

Bukan semua kawan kita hidup sempurna...

Mungkin dia banyak duit...

TAPI ada broken famili...

Ada yang tak berduit...

TAPI ada keluarga yang bahagia...

Dari kawan itulah kita belajar sesuatu...


Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan...

Sampai bila2 takkan habis...

Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang...

Kena 'fake'kan semuanya...


Fake smile...

Fake feelings... dan 

Fake emotions... 

Kerana sayangkan kawan2...


Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa... 

Sering tersenyum...

Tidak bererti dia tidak boleh terluka...

Kita sama-sama manusia...

ADA HATI dan PERASAAN...


Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati...


Dalam berkawan kena ada satu prinsip...

Tak puas hati tanya depan2...

Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!


Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan...

Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal... 

Masuk air kaa...

Suka buat lawak merapu sekali pun... 

Jika dia seorang kawan yang baik...

Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!     


Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan2 sebaik2nya...

Dengan hati yang terbuka...

Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH...


Kawan ketawa memang ramai...

Kawan menangis sukar dicari...

TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah...

Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita...


Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!


Suatu masa nanti...

Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita...

Masing2 dengan tujuan yang berbeza...

Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama2nya...


Yang tinggal cuma

KENANGAN dan NAMA...


Hargailah dan sayangilah kawan2 kita selagi hayat masih ada...


Al-Fatihah utk sahabat kita yg telah pergi dahulu... 😭


Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan...In Sya Allah.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷



Tuesday, 12 October 2021

My Vehicles

 My previous cars

1. Mazda tarzan 323 tree to tree (1994)

Mazda Tarzan. Kerja di Mitsumi Pontian



2. Proton Knight megaValve (1998)

Proton Knight - Ligan pergi kerja di Samsung Senawang.
Pick Up maximum. Laju.


3. Wira Aeroback/hatchback (2003)

First time beli kereta baru. Jual Proton Knight.


4. Kancil 850cc (2003)

Kancil. Bawak pergi Kuantan. Satu badan menggigil.


5. Honda Concerto (2002)

Beli 400 pounds sterling di Coventry masa belajar Master Degree. 


6. Subaru WRX (2006)

Pakai semasa belajar PhD di NZ Auckland. Travel Pulau Utara.
Pecah enjin.
Tapi memang best dan torque tinggi.Laju.


7. Nissan Largo (2008)

Tukar Nissan Largo selepas Ikhwan lahir (2007) dan travel ke Wellington
 urusan Sijil Beranak.
NZ Auckland - Welly.


8. Nissan Tino (2009)

Kereta ni sedap pakai. 7 seaters. Ingat mahu bawak balik Malaysia.
Auckland.
Sebelum tamat belajar PhD.

9. Nissan sentra (2013)

Sentra 2005. Habis belajar.


10. Proton Exora (2015)

Last Proton Exora sebelum exora semua jadi Turbo. 
Tak banyak problem,,,,Manual dan pakai sampai sekarang.


11. Perodua MyViGhini (2016)

Perodua MyVI Special Edition. GearBox Local Designer design.
Problem jerky....Sighhhhh.





My next car.....

1. Sports car coupe two doors



2. 4x4 4wheels drive



3. MPV family car



4. Sedan (boss boss car)



5. Your suggestions

Terbaik



Friday, 8 October 2021

Orang Melaka apa kabau

 Orang Melaka apa khabau?

Tiada angin pokok bergegau

Alih2 dengau KM nak di tukau

Sama2 party asyik bertengkau



Bumi Tuah bukan nya besau,

Habis semua hendak di sakau

Yang dibawah baru nak bongkau

Duit KWSP pun dah abis di keluau..


Tinggal sedikit dalam seluau,

Buat ngeteh dengan roti bakau,

Bawaklah berunding duduk setikau

Satu untuk aku satu untuk engkau..


🤣🤣🤝🤝🤝

Hawau engkau..


 Pantun Politik Melaka


Macam macam hal


Kuang Hajau punya Kerbau

Dah Langgau aku punya pagau

Buat Tak Tau