Tuesday, 28 September 2021

Sisa-Sisa Hidup

 Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,

Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.


Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,

Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.


Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,

Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.


Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,

Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.


Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,

Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.


Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..

Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..

Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.


Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.

Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.


Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.


Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.


Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.


Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.


Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.

Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..


Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..


Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.


Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.


Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.


Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.


Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"


Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...


Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.


Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.


ahlifikirnegara: aku masih membilang hari hidup ku.







Tuesday, 21 September 2021

NASIHAT kepada Mohamad Minhat NUSEHAT

Kapada Mohamad Minhat 

  NUSEHAT 

 Saya akan ditugaskan membuat
 
 pekerjaan untuk negara dan raayat 

 Buat kerja mengikut peraturan – “Mulia” 

 Bukan mengikut perasaan – “Penjara” 

 Jabatan Rasuah sama seperti Kiraman 

 Katibin. Dia sentiasa ada di sekeliling saya 

 Mencatitkan segala yang saya laku kan 

 Jangan pandang rendah kepada seseorang 

 Jangan kedekut atau bakhil - Hina 

 Jangan boros – papa kedana 

 Sara hidup berlebihan diberi mengikut 

 Skim undang undang 

 Makan nak hidup – 

 Bukan hidup nak makan – macam binatang 

 Bagi pelajaran kepada anak anak sehingga berjaya 

 Doa Panjang kan umur dengan sehat

 Murahkan rezeki yang halal 

 Tetapkan iman beribadat kerana Allah

 Sesudah baca masuk saku bawa pergi 

 kemana mana walau dalam tandas

 
Encik Lelaki Puasa Bin Husin
Tulisan tangan beliau