Sunday 21 January 2018

Galakan Berbuat Kebaikan - Buat diri yang leka

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :

 

من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا, نفس الله عنه كربة من كرب يوم القيامة, ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا والآخرة. ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا الى الجنة. وما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله, يتلون كتاب الله ويتدارسونه بيهم, الا نزلت عليهم السكينة, وغشيتهم الرحمة, وحفتهم الملائكة, وذكرهم الله فيمن عنده. ومن بطآبه عمله لم يسرع به نسبه

 

 

Maksudnya : “Barangsiapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan ( membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya.Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali ketenangan akan turun pada mereka, rahmat akan meliputi mereka dan malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan para malaikat-Nya. Barangsiapa yang amal solehnya sedikit, maka nasab (keturunan)nya tidak boleh mengangkat darjatnya.”

 

                                                                                                                                                 Riwayat Muslim

 

Pedoman dan Iktibar Hadis

 

Hadis ini mempunyai banyak pengajaran yang dapat kita ambil, antaranya ialah :

 

  1. Orang Islam adalah seperti satu jasad.


    Sesungguhnya setiap masyarakat Islam adalah seperti satu tubuh badan. Setiap anggota menjiwai perasaan orang lain. Dengan itu dia bersama –sama mereka dalam kegembiraan dan kesedihan. Mereka bersama-sama dalam kegembiraan apabila mereka mendapat kebahagiaan, kesenangan, ketenangan, kesihatan dan lain-lain lagi. Manakala mereka bersama-sama dalam kesedihan apabila mereka menderita, mendapat kesakitan, ditimpa kemiskinan, kesempitan, kemelaratan dan kesusahan hidup.

     
  2. Allah SWT pasti memberikan pertolongan buat Muslimin yang saling tolong –menolong.

     
    Sesungguhnya masyarakat tidak akan lurus dan stabil, tidak kuat dan kukuh kecuali jika ia dibina di atas dasar tolong-menolong ataupun bantu-membantu antara satu sama lain. Oleh itu, setiap individu hendaklah berusaha memenuhi keperluan orang lain dengan jiwa, harta dan kedudukan, sehinggalah semuanya merasakan bahawa mereka adalah satu tubuh. Inilah yang dianjurkan oleh Islam dan diperintahkan oleh al-Quran. Manakala al-Sunnah pula menjadikannya sebagai lambang kepada masyarakat beriman.

     
  3. Jika dia melihat seseorang sedang melakukan maksiat.


    Apabila seseorang melihat orang lain sedang melakukan maksiat, maka dia tidak boleh menyembunyikan dan mengambil sikap berdiam diri. Dia dituntut supaya segera mencegahnya jika dia mampu berbuat demikian. Jika tidak, dia mesti membawa perkara tersebut kepada pemerintah dengan segera.

     
  4. Keringanan kepada orang yang melakukan maksiat.


    Apabila seorang Muslim melakukan kesalahan, sedangkan dia tidak dikenali sebagai seorang yang sentiasa melakukannya, dan masyarakat mengenalinya sebagai seorang yang istiqamah dan baik, maka orang lain digalakkan supaya menyembunyikan kesalahannya dan tidak meperbesar-besarkannya. Mereka juga hendaklah memberi keringanan kepadanya dan menjadi orang tengah untuk meminta maaf daripada mereka yang ada kaitan dengan kesalahan yang dilakukannya. Ini sekiranya kesalahan tersebut mempunyai hubungan dengan orang lain.

     
  5. Tidak boleh memberi keringanan di hadapan pemerintah.


    Penjelasan mengenai keringanan sebelum ini adalah bagi mereka yang kesnya belum dihadapkan kepada pemerintah. Apabila kesnya sudah dibawa kepada pemerintah, maka memberi syafaat kepadanya adalah diharamkan. Menjadi orang tengah untuk meringan atau melepaskannya daripada hukuman adalah maksiat. Orang yang terlibat atau berusaha kea rah itu adalah berdosa. Ini menunjukkan betapa banyaknya faedah dan kelebihan daripada hadis di atas.



    Dirujuk daripada Kitab Berjudul “ Pertama Buat Orang Yang Beriman” dikarang oleh YBhg. Sahibus Samahah Dr. Zulkifli  Mohamad al-Bakri.
     



ahlifikirnegara: Beginilah lumrahnya hidup. Pangkah salah, tak pangkah pun salah.
 
bangkit bersama
 
Kredit buat:-
فوست إسلام
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal,
Melaka

Sunday 7 January 2018

Mencapai umur 40an', 50an, 60+

Ini ada beberapa  nasihat yang baik yang boleh dipraktikkan.


Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.


nasihat pertama#
cubalah berurut urat saraf  7 kali setahun untuk lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

nasihat kedua#
banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

nasihat ketiga#
cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.


nasihat keempat#
kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

nasihat kelima#
jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

nasihat keenam#
biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.


nasihat ketujuh#
jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

nasihat kelapan#
banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

nasihat kesembilan#
banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

nasihat kesepuluh#
bersedekah,berzakat  dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham saham ini membantu kita di akhirat kelak.  In syaa Allah..


nasihat kesebelas#
makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan  ini macam macam penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

semoga beroleh manafaat


Maniskan Senyuman Mu 😊..selalu...



ahlifikirnegara: Pesanan penaja
Kurangkan gula dalam minoman.
Lebihkan manis dalam senyuman.
Ketatkan pautan dalam dampingan.